INDIAN Motorcycle Malaysia Lancar Siri Scout 2025, Harga Mula RM 103.9k!

Indian Motorcycle Malaysia perkenalkan lima model serba baharu, enjin 1250 cc, V-Twin lebih berkuasa dalam keluarga Scout untuk pasaran Malaysia

PELANCARAN

9/4/20252 min read

MENGIKUTI majlis pengumuman kehadiran rasminya di pasaran tempatan, beberapa bulan lalu, Indian Motorcycle Malaysia tampil melancarkan barisan model Indian Scout 2025 serba baharu, hari ini.

Secara keseluruhan, lima varian Scout yang mendapat rekaan semula sepenuhnya, menampilkan casis baharu, enjin lebih berkuasa, dan teknologi dengan kehadiran berkenaan membuktikan komitmen jenama itu untuk pasaran tempatan.

Menurut Indian Motorcycle Malaysia, pelancaran ini adalah memastikan peminat jenama itu di Malaysia mendapat akses pantas kepada inovasi terkini jenama ikonik negara Uncle Sam itu yang menggabungkan tradisi lagenda dengan prestasi serta teknologi untuk generasi penunggang masa kini.

Enjin V-Twin 1250cc Baharu Lebih Berkuasa

Memacu siri Scout 2025 adalah enjin SpeedPlus V-Twin 1250 cc, Penyejuk Cecair yang baharu. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 105 kuasa kuda (hp) dan tork 108 Nm sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam segmen cruiser dengan dalam kelas berkenaan.

Bagi varian tertinggi, Indian 101 Scout, enjin tersebut ditala semula untuk prestasi lebih berkuasa, menghamburkan kuasa 111 Hp dan tork 111 Nm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan untuk tunggangan yang lancar dan responsif.

Kongsi Nama, Tiga Personaliti Berbeza

Sambil mengekalkan DNA rekaan Scout yang asli, model 2025 ini dijelmakan dalam lima variasi berbeza untuk memenuhi cita rasa penunggang yang pelbagai iaitu:

  • Indian 101 Scout – Prestasi premium.

  • Indian Scout Classic – Gaya tulen dan segar.

  • Indian Super Scout – Cruiser kembara dengan gaya nostalgia.

  • Indian Scout Bobber – Ringkas, ikonik, dan ranggi.

  • Indian Sport Scout – Semangat agresif dan berprestasi.

Kesemua model ini ditawarkan dalam tiga pilihan trim (tahap kelengkapan), iaitu Standard, Limited, dan Limited +Tech. Setiap trim dilengkapi dengan ciri teknologi moden, termasuk brek ABS dan lampu LED sebagai standard.

Trim Limited dan Limited +Tech pula ditambah dengan tiga mod tunggangan (Sport, Standard, Rain) dan sistem kawalan cengkaman (traction control).

Varian tertinggi, Limited +Tech, hadir dengan pakej lengkap termasuk sistem penghidup tanpa kunci dan paparan skrin TFT berwarna 4-inci dengan teknologi RIDE COMMAND.

Selain itu, ia turut menyokong sambungan Bluetooth, navigasi, dan mempunyai port pengecasan USB.

Berikut adalah harga jualan asas (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) bagi model-model Indian Scout 2025 yang ditawarkan di Malaysia:

  • Indian Scout Bobber

Black Metallic (Standard): RM 103,900

Sunset Red Smoke (Limited +Tech): RM 121,100

Spirit Blue Metallic (Limited +Tech): RM 124,300

  • Indian Sport Scout

Black Metallic (Standard): RM 106,800

Storm Blue (Limited +Tech): RM 113,500

Nara Bronze Metallic (Limited +Tech): RM 117,300

  • Indian Scout Classic

Sunset Red Metallic (Limited +Tech): RM 128,800

  • Super Scout

Black Smoke with Graphics (Limited +Tech): RM 134,500

  • Indian 101 Scout

Sunset Red Metallic with Graphics (Limited +Tech): RM 139,600

Ghost White Metallic with Graphics (Limited +Tech): RM 139,600

Sebagai info, urusan edaran rasmi Indian Motorcycle di pasaran Malaysia diuruskan oleh Spirit Lake Motor Sdn. Bhd. dan AFY Mobility Industries (AMI).