INI Bukan Lagi Aragon - Marc Marquez

Marc Marquez akui hari pertama di Grand Prix (GP) Itali 2025 di Mugello sebagai produktif - kenyataan yang positif terhadap litar yang dia tidak memperoleh rekod yang begitu cemerlang dalam kariernya

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/21/20251 min read

MARC Marquez menyifatkan hari pertamanya di Grand Prix (GP) Itali 2025 di Mugello sebagai produktif - kenyataan yang positif terhadap litar yang dia tidak memperoleh rekod yang begitu cemerlang dalam kariernya.

Tiba di Mugello dengan menyarung sut lumba berwarna merah Ducati Lenovo, pendahulu carta kejuaraan MotoGP itu mencatatkan masa ketiga terpantas di belakang pelumba Tech3 KTM, Maverick Vinales dan hero tuan rumah, Francesco Bagnaia.

"Ia hari yang baik, hari yang produktif," kata Marquez mengulas hari pertama di Mugello. "Sudah tentu, berada di Mugello, istimewa untuk menunggang dengan warna merah.

"Selain daripada itu, kami hanya cuba untuk memberikan tumpuan, untuk menjadi amat fokus kerana... ia bukan Aragon! Alex (Marquez) dan Pecco (Francesco Bagnaia) amat rapat di sini.

"Secara normal, mereka lebih lajun berbanding saya, tetapi hari ini kami rapat dengan mereka. Jadi kita akan lihat apa yang kami boleh lakukan ketika sesi latihan."

Pada pusingan sebelum ini di Aragon, Sepanyol yang juga gelanggang sendiri buat Marc, juara dunia lapan kali itu tampil dengan penguasaan penuh selepas mendahului setiap sesi serta memenangi kedua-dua perlumbaan ditawarkan di litar berkenaan.

Selepas lapan pusingan, Marc ketika ini menghuni carta teratas kedudukan selepas mengumpul keseluruhan 233 mata dengan pencabar terdekatnya, Alex yang mengumpul 201 mata.

Pecco yang juga pemenang lima perlumbaan terakhir berturut-turut di Mugello (termasuk Sprint) mengisi kedudukan kelima dengan 140 mata.