INI 'Kesilapan' Yang Pecco Bagnaia Buat Musim Lalu menurut Bos SIC58
Selepas menamatkan kempen 2024 sebagai naib juara dengan jurang mata yang tipis kepada Jorge Martin, pelumba Ducati Lenovo Pecco Bagnaia dilabel antara pilihan untuk mengulangi merangkul gelaran juara pada musim 2025
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
1/4/20261 min read


PELUMBA bintang Itali, Franceso Bagnaia mengharungi kempen yang sukar pada musim 2025 apabila juara dunia MotoGP 2 kali itu hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ke-5 keseluruhan bersama pasukan 'kilang' Ducati Lenovo.
Selepas menamatkan kempen 2024 sebagai naib juara dengan keputusan mata yang tipis kepada Jorge Martin, Bagnaia dilabel antara pilihan untuk mengulangi kejayaannya sebelum ini.
Tetapi sebaliknya apa yang berlaku adalah anak didik kepada legenda MotoGP, Valentino Rossi ini bergelut dengan pelbagai masalah terutama membabitkan pelarasan jentera.
Anehnya, rakan sepasukannya Marc Marquez tampil dengan prestasi cemerlang dan menamatkan saingan sebagai juara keseluruhan meskipun terlepas 5 pusingan terakhir susulan kecederaan.
Bagi pemilik pasukan Moto3 SIC58, Paolo Simoncelli, dia merasakan Bagnaia melakukan 'kesilapan' kerana tidak mengambil berat mengenai kehadiran Marc.
Kata Simoncelli kepada akhbar Itali, Corriere della Sera, Bagnaia terlalu yakin selepas juara dunia MotoGP dua kali itu menamatkan musim 2024 sebagai naib juara selepas tewas tipis dalam perebutan kejuaraan walaupun memenangi 11 perlumbaan.
“Pecco (Bagnaia) datang daripada kelompok Valentino Rossi. Selepas mendengar apa yang sering diperkatakan dalam kumpulan itu, dia meremehkan Marquez.
"Dia fikir cukup sekadar mengurangkan kesilapan. Tetapi Marc adalah seorang yang berbeza di trek, dan itu mencetuskan krisis buatnya,” kata Simoncelli.

