INISIATIF Mforce.cas, Rebat Skuter Elektrik RM 2,400 Dilanjutkan Hingga 31 Julai!
Mforce.cas diwujudkan untuk rakyat Malaysia untuk memiliki barisan motosikal elektrik berteknologi moden dan cekap tenaga di bawah naungan MForce, membabitkan jenama seperti EZI, ZEEHO, YADEA, dan QJMOTOR
TERKINI
7/16/20261 min read


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan program rebat motosikal elektrik Mforce.cas yang menawarkan diskaun RM 2,400 dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.
Sebelum ini, kempen yang dilancarkan pada 1 April lalu berlangsung sehingga 30 Jun lalu.
Ia kemudian dilanjutkan buat kali pertama dari 1 Jun sehingga 15 Julai lalu dan kini diteruskan sehingga hujung bulan ioni bagi memberi peluang lebih ramai pembeli menikmati insentif berkenaan.
Seperti diketahui, Mforce.cas diwujudkan untuk rakyat Malaysia untuk memiliki barisan motosikal elektrik berteknologi moden dan cekap tenaga di bawah naungan MForce, membabitkan jenama seperti EZI, ZEEHO, YADEA, dan QJMOTOR.
Lebih menarik, inisiatif MForce.Cas ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia bagi memastikan manfaat mobiliti elektrik dapat dinikmati secara meluas tanpa mengira latar belakang.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari: https://mforcecas.my

