INPUT Saya Dengan Pecco Terhadap Ducati GP25 Hampir Sama - Marc Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/20/20242 min read

MARC Marquez tidak memerlukan tempoh yang panjang untuk menyesuaikan diri dengan jentera Ducati Desmosedici GP25 apabila melakukan catatan keempat terpantas sesi ujian rasmi MotoGP 2025 di Barcelona.

Tampil dengan seragam merah, juara dunia lapan kali itu menghabiskan keseluruhan sesi ujian berada di kedudukan 10 terpantas dan menariknya tanpa menghabiskan banyak masa terhadap jentera GP24.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu seperti diketahui berlumbaan menggunakan jentera Ducati GP23 bersama pasukan satelit, Gresini Ducati pada musim 'rookienya' bersama Ducati tahun ini.

"Saya mencuba GP25 hampir sepanjang hari, 90 peratus masa saya menunggang dengan GP25," kata Marquez memetik laporan Crash,net. "Jadi banyak yang saya usahakan bersama dengan para jurutera.

"Kerana apabila kamu menyertai pasukan rasmi, ia bermakna kamu mempunyai pelan yang amat ketat terhadap semua perkara yang kamu perlu uji dan pelumba adalah 'tangan' kepada jurutera.

"Benar yang jentera ini mempunyai beberapa perkara positif yang lebih baik. Tetapi pada akhir ia adalah jentera dan kamu perlu menunggangnya dengan cara yang baik. Jika kamu mahu menjadi laju, kamu perlu terus menekan.

"Tetapi perasaan yang diperoleh amat bagus, terutama dengan pasukan. Ia adalah perkara paling penting iaitu pandangan pertama dan kami bekerja dengan cara yang baik."

Sekalipun menunggang jentera GP23 pada musim 2024, Marquez menamatkan kempen di kedudukan ketiga keseluruhan mengatasi dua lagi pelumba yang menggunakan jentera GP24, Enea Bastianini dan Franco Morbidelli.

Dan selalipun tidak menghabiskan banyak masa depan GP24, bekas pelumba Repsol Honda itu mengakui GP25 lebih bertenaga dari sudut kuasa.

"Enjin lebih bagus di laluan lurus, jadi adalah penting untuk membandingkannya dengan jentera tahun lalu," kata Marquez. "Dan kemudian ia juga nampaknya mempunyai karakter untuk memasuki selekoh dengan sedikit berbeza. Tetapi saya masih perlu memahami di mana hadnya.

"Saya mencuba pakej penuh GP25. Kerangka, enjin dan beberapa lagi perkara. Jadi kami tidak mengetahui (komponen berlainan) yang dirasai berbeza.

"Pecco juga bekerja dengan cara sedikit berbeza. Tetapi apa yang paling penting adalah kami berdua mempunyai komen yang hampir sama. Masalah yang sama, kelebihan yang sama. Jadi ia memudahkan jurutera-jurutera.

"Apapun kami memerlukan lebih masa untuk memahaminya. Benar yang dia amat bagus dalam sesetengah aspek, tetapi lebih sukar daripada beberapa aspek lain. Jadi kami perlu membuat penilaian, kerana kamu memerlukan jentera yang lebih stabil pada kesemua 22 pusingan. Bukan amat pantas dalam satu-satu litar sahaja."