ISU Bawah Kerangka, Emos Keluar Notis Panggilan Semula Modenas Ninja ZX-25R

TERKINITULAR

3/14/20241 min read

MODENAS, baru-baru ini didapati mengeluarkan Notis Panggilan Semula terhadap motosikal 'Sportbike' popularnya, Modenas Ninja ZX-25R bagi menjalani proses penambahbaikan.

Berdasarkan pemakluman kepada pemilik yang tular di media sosial itu, masalah berpunca daripada bahagian bawah kerangka Modenas Ninja ZX-25R.

Ia juga selari dengan arahan yang dikeluarkan kepada semua pengedar Kawasaki seluruh dunia.

Menurut notis berkenaan, penambahbaikan yang dibuat dijangka mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dan boleh dilakukan di semua pengedar eksklisif Kawasaki berstatus (Dealer A) di seluruh negara.

Langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  • Hubungi pengedar Kawasaki terdekat untuk membuat tempahan slot pembaikan.

  • Jika lokasi anda sekarang berbeza daripada tempat pembelian motosikal, sila hubungi Market Support Modenas di talian 011-16029399 (WhatsApp) bagi membantu penetapan pengedar atau 019-5708135 (WhatsApp) untuk pertanyaan.

  • Selain itu, pemilik juga diingatkan agar mematuhi ketetapan temujanji yang ditetapkan oleh pengedar.

Modenas dalam pada itu menyatakan yang proses pembaikan adalah percuma dan ditanggung sepenuh oleh Modenas dan EMOS Kawasaki.

Sebagai info, pada Januari lalu, Kawasaki Jepun turut mengeluarkan Notis Panggilan Semula kepada beberapa modelnya termasuk Ninja ZX-25R, Ninja ZX-25R SE, Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR.

Isu yang timbul adalah dikatakan berpunca daripada kedudukan lubang saliran dalam kerangka yang menyukarkan air yang masuk untuk keluar ketika menunggang dalam hujan atau proses pencucian.

Air yang kekal di dalam kerangka untuk jangka masa lama memberi risiko cat menggelupas dan karat dengan penambahbaikkan yang dibuat adalah dengan menambah lubang saliran.