ISU Elektronik Aprilia RS-GP Punca Miguel Oliveira Kemalangan Di Mandalika

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/16/20241 min read

MIGUEL Oliveira mendedahkan masalah 'litar pintas' yang berlaku kepada jentera Aprilia RS-GP mengakibatkannya hilang kawalan dan berdepan kemalangan ngeri yang menyaksikan pergelangan tangannya patah ketika Grand Prix Indonesia 2024.

Tiba di Mandalikan dengan motivasi tinggi sebagai penyandang juara bagi edisi 2022 bersama KTM, Oliveira begitupun tercampak daripada jentera Aprilia RS-GP ditunggangnya pada selekoh tiga ke empat.

Kemalangan itu menyaksikan pergelangan tangan Oliveira patah namun pelumba kelahiran Portugal itu tidak menunggu banyak masa dan terbang ke Lisbon untuk menjalani pembedahan.

Dan kecederaan itu sememangnya mengecewakan Oliveira kerana ia turut memaksanya melupakan GP Indonesia, tetapi empat pusingan perlumbaan iaitu di Jepun, Thailand, Australia dan Malaysia.

Begitupun, pelumba berusia 29 tahun itu bertuah untuk beraksi di pusingan penutup tirai di Barcelona yang menjadi perlumbaan selamat tinggal kepada pasukannya Trackhouse Aprilia.

"Kemalangan disebabkan oleh nasib tidak baik, ada litar pintas yang berlaku terhadap unit kawalan jentera," kata Oliveira yang menyertai pasukan satelit Yamaha, Pramac Racing bagi musim 2025.

"Ia membuatkan saya hilang semua sistem kawalan dan jatuh ke bar hendal. Apabila kamu berdepan kemalangan seperti itu, tuah boleh tidak menyebelahi kamu jika kami terhantuk dengan kuat di bar hendal atau terhempas ke litar dengan kuat.

"Tetapi saya dengan pantas kembali ke Portugal dan menjalani pembedahan, dan kesemuanya berjalan dengan baik. Kini saya berada dalam keadaan baik."

Oliveira mengakui rehat bagi memulihkan kecederaan cukup 'menyakitkan' buatnya.

"Proses pemulihan berjalan mengikut jadual, iaitu sekitar enam minggu," kata Oliveira. "Tetapi masalanya adalah telepas lima pusingan berturut-turut."