JADUAL Bertindih, Farish Hafiy Terlepas Pemilihan RBMRC 2025
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/30/20241 min read


PELUANG pelumba muda negara, Farish Hafiy beraksi di kejuaraan Reb Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) bagi musim 2025 nampak tipis.
Sekalipun disenarai untuk menjalani pemilihan kejuaraan itu yang berlangsung di Sepanyol, minggu ini, Farish Hafiy begitupun terikat dengan komitmennya untuk beraksi di kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) yang turut berlangsung pada minggu ini.
Mengikut jadual, sesi pemilihan RBMRC 2025 berlangsung bermula pada Isnin sehingga Khamis ini.
Dan situasi itu boleh dikatakan agak pelik dengan Farish Hafiy dan pelumba-pelumba yang beraksi di ATC 2024 baru saja mengharungi Pusingan 3 di Indonesia pada Ahad dan dijadual terbang ke Jepun bagi mengharungi Pusingan 4.
Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin menjelaskan pihaknya tidak dimaklumkan mengapa waktu pemilihan berlangsung hampir serentak dengan kejuaraan yang lain.
"Saya pun tidak pasti pemilihan dibuat pada waktu yang sama perlumbaan di Jepun, selalunya ia tidak bertindih dengan mana-mana perlumbaan," kata Zulfahmi.
Begitupun, bekas pelumba Moto3 negara itu masih berharap anak buahnya itu untuk menyertai RBMRC 2025 masih ada.
