JADUAL MotoGP 2025 Diumum, 22 Pusingan, GP Malaysia Ketiga Terakhir

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/27/20241 min read

PERLUMBAAN MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2025 dijadual berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober, menurut jadual belum rasmi dikeluarkan oleh MotoGP.

Secara keseluruhan, sejumlah 22 pusingan dijadual berlangsung pada musim 2025 dengan Thailand seperti diumumkan sebelum ini akan menjadi venue pembuka tirai pada 28 Februari sehingga 2 Mac.

MotoGP juga akan kembali ke Amerika Selatan menerusi GP Argentina yang dijadual menjadi venue Pusingan 2 diikuti GP Amerika Syarikat yang menjadi destinasi Pusingan 3.

Kejuaraan itu akan kembali ke Asia pada 11 April menerusi GP Qatar sebelum musim di Eropah bermula dengan GP Sepanyol pada 25 hingga 27 April.

Selepas beberapa kali terpaksa dibatalkan, GP Kazakhstan yang dijadual berlangsung di Litar Antrabangsa Sokol akhir tidak disenaraikan pada tahun depan.

GP Portugal yang menjadi venue pembuka tirai pada musim ini akan menggantikan GP Malaysia sebagai pusingan kedua terakhir sebelum kempen menutup tirainya di lokasi tradisi Valencia.

Apa yang menarik pada tahun depan, tiada 'triple headers' atau tiga perlumbaan berturut-turut dalam tempoh tiga minggu dijadual berlangsung.

Secara keseluruhan, 22 pusingan yang dijadual berlangsung sekali lagi adalah yang terbanyak dalam sejarah MotoGP tetapi penganjuran di dua lokasi - Brno dan Portimao masih bergantung kepada kontrak manakala Balaton Park di Hungary turut bergantung kepada homologasi.

Kalendar MotoGP 2025

  1. GP Thailand, Buriram: 28 Feb 2 Mac

  2. GP Argentina, Termas de Rio Hondo: 14-16 Mac

  3. GP America Syarikat, COTA: 28-30 Mac

  4. GP Qatar, Lusail: 11-13 April

  5. GP Sepanyol, Jerez: 25-27 April

  6. GP Perancis, Le Mans: 9-11 Mei

  7. GP British, Silverstone: 23-25 Mei

  8. GP Aragon, MotorLand: 6-8 Jun

  9. GP Itali, Mugello: 20-22 Jun

  10. GP Belanda, Assen: 27-29 Jun

  11. GP Jerman, Sachsenring: 11-13 Julai

  12. GP Czech MotoGP, Brno: 18-2 Julai

  13. GP Austria, Red Bull Ring: 15-17 Ogos

  14. GP Hungary, Balaton Park: 22-24 Ogos

  15. GP Catalunya, Barcelona: 5-7 September

  16. GP San Marino, Misano: 12-14 September

  17. GP Jepun, Motegi: 26-28 September

  18. GP Indonesia, Mandalika: 3-5 Oktober

  19. GP Australia, Phillip Island: 17-19 Oktober

  20. GP Malaysia, Sepang: 24-26 Oktober

  21. GP Portugal, Portimao: 7-9 November

  22. GP Valencia, Ricardo Tormo: 14-16 November

Jadual ujian musim sejuk:

  • Ujian Valencia: 19 November 2024

  • Sepang Shakedown: 31 Januari 2 Februari 2025

  • Ujian Sepang MotoGP: 5-7 Februari 2025

  • Ujian Buriram MotoGP: 12-13 Februari 2025