JAGA-Jaga Ducati, Jorge Martin Terbuka Sertai Honda

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/11/20241 min read

DUCATI berpotensi kehilangan naib juara dunia MotoGP musim lalu selepas Jorge Martin mendedahkan penghijrahan ke Honda adalah satu kemungkinan dalam usahanya 'memburu' tempat di pasukan 'Factory'.

Terlepas gelaran dunia MotoGP 2023 kepada penyandang juara Francesco Bagnaia, 'kekalahan' itu turut bermakna Martin tak berjaya memperolehj kenaikan pangkat automatik ke pasukan utama Ducati Lenovo musim ini.

Kekal bersama pasukan satelit namun menggunakan jentera 'Factory' Pramac Racing, Martin ketika ditanya kemungkinan penghijrahan ke Honda seakan memberikan amaran kepada Ducati jika sasarannya tidak kesampaian.

"Posisi saya adalah berbeza daripada (Luca) Marini," kata Martin kepada AS yang menyaksikan Marini menyertai Repsol Honda musim ini. "Kerana saya menang dan dia tak bergerak.

"Tetapi jika saya melihat yang Honda melakukan sedikit peningkatan, atau perkara seperti itu dalam tempoh masa yang lama ia boleh menjadi projek yang mampu mencipta kemenangan, ia boleh menjdi pilihan yang baik.

"Tetapi ketika ini saya lebih gembira bersama Ducati."

Tidak mahu bersembunyi, Martin sekali lagi menyatakan keinginannya untuk bersama pasukan utama Ducati.

"100 peratus keutamaan saya bagi 2025 adalah pasukan rasmi," kata pelumba kelahiran Sepanyol itu.

"Sasaran saya adalah pasukan rasmi Ducati, kerana ia adalah pasukan 'Factory' di mana saya berada kini, saya mengenali jentera yang digunakan dan saya mempunyai banyak potensi bersama pasukan ini.

"Tetapi jika mereka tidak mahukan saya atau faham faham yang saya bukan yang terbaik, saya akan melihat perkara lain," katanya.

Difahamkana, kontral Martin pada musim lalu mempunyai klausa di mana jika dia memenangi gelaran dunia MotoGP 2023, tempatnya di pasukan Ducati Lenovo datang secara automatik.