JAGA-Jaga Y16, RS-X, Tempahan Voge FR150 (2024) Katanya Dah Cecah Ribuan Unit!
TERKINI
6/24/20241 min read
KURANG sebulan selepas dipertontonkan di acara Malaysia Autoshow 2024, motosikal berstatus kapcai super terbaharu dari MForce Bike, Voge RF150 (2024) dikatakan cukup laris di pasaran.
Tampil dengan rekaan unik dan ciri-ciri menarik, Voge RF150 (2024) berdasarkan maklumat daripada rakan media PanduLaju.com, kira-kira 5 ribu unit motosikal yang dikatakan mampu mencabar jenama 'Y' dan 'H' itu sudah diterima.
Dengan pihak MForce Bike ketika sedang sibuk menyiapkan tempahan, ia dijangka akan tiba ke cawangan pengedar pada minggu keempat bulan depan.
Dan syarikat itu dilaporkan bercadang untuk mengeluarkan sekitar 12,000 unit Voge RF150 (2024) pada tahun ini.
Berdasarkan info yang diperoleh, untuk melancarkan pengagihan, pihak MForce Bike turut memiliki mekanisme tersendiri yang didakwa lebih lancar selain mengelak lambakan atau lonjakan harga kepada sesuatu pengedar.
Mengulas ringkas mengenai motosikal ini, menurut MForce Bike dalam satu temuramah yang dibuat sebelum ini, Voge FR150 (2024) dengan 'FR' bermaksud Formica Rossa (Semut Merah) dihasilkan dengan 'input' selera tempatan.
Apa yang menarik, adalah hasil kacukan motosikal supermoped popular sedia ada di pasaran tempatan terutama dari jenama 'Y' dan 'H'.
Selain itu, antara daya penarik utama kepada motosikal ini adalah harga jualan asas yang diumumkan iaitu RM 8,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Mengulas ringkas trenkuasa, Voge FR150 (2024) dijana enjin bersesaran 149.6 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah 15.4 Hp @ 8,500 rpm dan tork 13.5 Nm @ 7,500 rpm.
Ciri-ciri menarik adalah seperti memiliki klac sliper, sistem lampu LED penuh, panel meter digital LCD, sistem Kunci Pintar dan port pengecas USB.
Turut menarik adalah sistem brek yang digunakan iaitu cakera tunggal 244 mm (depan) dan cakera tunggal 203 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran selain kapasiti tangki bahan api sebesar 5.8 liter.