JAGUH Tuan Rumah Kuasai Hari Pertama ARRC Di Buriram
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
12/6/20242 min read
HARI pembukaan pusingan penutup tirai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2024 di Buriram, Thailand menyaksikan penguasaan pelumba tuan rumah dalam dua kelas utama ASB1000 dan SS600, hari ini.
Dalam kelas ASB1000, pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing with Astemo, Nakarin Atiratphuvapat membuktikan kepakarannya apabila mencatatkan masa terpantas dalam ketiga-tiga sesi yang dijalankan.
Manakala dalam kelas SS600, catatan terpantas dilakukan oleh Apiwath Wongthananon dari pasukan Yamaha Tekhne Racing Team Asean.
Prestasi pelumba negara begitupun tidak begitu mengecewakan apabila Md Zaqhwan Zaidi yang juga rakan sepasukan Atiratphuvapat melakukan catatan kedua terpantas.
Dan catatan ketiga terpantas dilakukan seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang beraksi bersama pasukan TKKR BMW Racing Team.
Dalam pada itu, pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin melakukan catatan ke-8 terpantas dengan seorang lagi pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin melakukan catatan ke-10 terpantas.
Sementara itu, melakukan catatan kedua terpantas dalam kelas SS600 di belakang Wongthananon adalah bekas pelumba Moto2 juga dari Thailand, Ratthapong Wilairot yang beraksi bersama pasukan Yamaha Thailand Racing.
Begitupun, seorang pelumba negara turut berjaya melakukan catatan ketiga terbaik menerusi Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Siew Honda Racing.
Seorang lagi pelumba negara, Md Helmi Azman juga dari pasukan sama melakukan catatan kelima terpantas.
Dalam kelas AP250 dan UB150, tiada pelumba negara melakukan catatan yang meletakkan mereka di posisi tiga terpantas.
Kedudukan 3 terpantas hari pertama Pusingan 6 ARRC 2024, Thailand
ASB1000
Nakarin Atiratphuvapat - Honda Asia-Dream Racing with Astemo (1'35:432s)
Md Zaqhwan Zaidi - Honda Asia-Dream Racing with Astemo (1'35:457s)
Azlan Shah Kamaruzaman - TKKR BMW Racing Team (1'35:515s)
SS600
Apiwath Wongthananon - YAMAHA TEKHNE Racing Team ASEAN (1'39:028s)
Ratthapong Wilairot - YAMAHA Thailand Racing Team (1'39:444s)
Azroy Hakeem Anuar - IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team (1'39:504s)
AP250
Muhammad Faerozi Toreqottullah - YAMAHA Racing Indonesia (1'51:558s)
Herjun Atna Firdaus of ASTRA HONDA RACING TEAM (1'52:521s)
Muhammad Kiandra Ramadhipa of ASTRA HONDA RACING TEAM (1'52:658s)
UB150
Murobbil Vittoni - YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (1'59:575s)
Husni Zainul Fuadzy - YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (2'00:281s)
John Emerson Inguito - 4S1M EVO YAMAHA Racing Team (2'00:476s)
TVS
Hiroki Ono - Japan (1'50:465s)
Atih Kanghair - Thailand (1'50:514s)
Mohd Ramdan Rosli - Malaysia (1'50:623s)