JALUR Gemilang Berkibar Di Le Mans, Hakim Danish Podium Perlumbaan 2 RBMRC 2024 Perancis

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/12/20241 min read

HAKIM Danish Ramli sekali lagi menempatkan dirinya dalam kelompok podium Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2024 selepas menamatkan Perlumbaan 2 dalam aksi di Le Mans, Perancis, hari ini di kedudukan ke-3.

Keputusan itu sekali lagi menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di Perancis selepas pelumba kelahiran Terengganu itu turut menaiki podium pada aksi Pusingan 1 di Jerez, Sepanyol dua minggu lalu.

Bermula di petak keempat, Hakim Danish jelas tidak mahu situasi semalam berulang apabila sentiasa mengekalkan posisi di kelompok hadapan yang diisi lima pelumba.

Dan menariknya, pelumba berusia 17 tahun itu turut beberapa kali memimpin perlumbaan dalam aksi yang digambarkan oleh pengulas sebagai antara paling sengit pernah disaksikan di RBMRC.

Berpeluang untuk menamatkan perlumbaan sebagai juara, tetapi sedikit kesilapan yang dilakukan di penghujung perlumbaan - yang diakui sendiri oleh Hakim Danish menyaksikannya terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.

Perlumbaan akhirnya dimenangi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte dan tempat kedua dimenangi Maximo Quiles.

Keputusan Perlumbaan 2 menyaksikan Hakim Danish mengekalkan kedudukan ke-5 keseluruhan selepas mengumpul, ketinggalan 21 mata daripada pendahulu kejuaraan.

Keputusan Perlumbaan 2 RBMRC Le Mans, Perancis 2024

  1. Brian Uriate (Sepanyol) 26:21.440 saat (s)

  2. Maximo Quiles (Sepanyol) +0.048s

  3. HAKIM DANISH (MALAYSIA) +0.328s

  4. Valentin Perrone (Argentina) +0.348s

  5. Alvaro Carpe (Sepanyol) +0.617s

  6. Marco Morelli (Argentina) +2.148s

  7. Veda Pratama (Indonesia) +2.159s

  8. Leonardo Zanni (Itali) +2.309s

  9. Giulio Pugliese (Itali) +2.620s

  10. Kristian Daniel (Amerika Syarikat) +6.803s

  11. Carter Thompson (Australia) +6.917s

  12. Kevin Farkas (Hungary) +11.100s

  13. Dodo Boggio (Itali) +11.368s

  14. Guillem Planques (Perancis) +11.490s

  15. Leo Rammerstorfer (Austria) +11.644s

  16. Jakkreephat Phuettisan (Thailand) +24.497s

  17. Kgopotso Mononyane (Afrika Selatan) +24.497s

  18. Rocco Sessler (Jerman) +24.497s

  19. Sullivan Mounsey (United Kingdom) +24.598s

  20. Rico Salmela (Finland) +28.084s

  21. Evan Belford (United Kingdom) +32.653s

  22. Joel Pons (Sepanyol) +33.265s

  23. Ruche Moodley (Afrika Selatan) +1:01.639s

Lenoxx Phommara (Switzerland) DNF

Milan Pawelec (Poland) DNF