JDT Racing Team Dedah 'Liveri', Guna Jentera Ducati, Petronas Antara Penaja!

TERKINI

1/19/20241 min read

SELEPAS agak lama berteka-teki, beberapa perkembangan menarik membabitkan JDT Racing Team didedahkan susulan hantaran terbaharu di media sosial hrhcrownpriceofjohor, hari ini.

Menerusi hantaran itu, selain menunjukkan 'Liveri' yang bakal digunakan pasukan, antara maklumat paling menarik adalah jentera yang bakal digunakan iaitu Ducati.

Selain itu, pasukan itu berkemungkinan turut mendapatkan penajaan daripada syarikat petroleum negara, Petronas susulan logo jenama itu di bahagian panel jentera.

Sebagai info, JDT Racing Team pada musim ini dijadual menyertai saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Dan pelumba yang memacu pasukan itu adalah pelumba berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Begitupun, siapa yang bakal bergandingan dengan bekas pelumba yang pernah beraksi di MotoGP dan WorldSBK itu masih belum diketahui.

Begitupun setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada pihak penganjur ARRC mahupun Ducati membabitkan penyertaan pasukan JDT Racing Team dikeluarkan.

Seperti diketahui, JDT Racing Team adalah milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.