JDT Racing Team Guna 'Sentuhan' Itali, Mekanik Berpengalaman Ducati
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/29/20241 min read
SEPERTI dijangka, JDT Racing Team mendapatkan khdmat 'pakar' dari Itali sebagai persediaan terhadap jentera Ducati Panigale V4R yang ditunggang Hafizh Syahrin Abdullah di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim ini.
Sebagai persiapan bagi menyelia hal-hal, JDT Racing Team menggunakan kepakaran Loris Caroli dari Itali sebagai Ketua Krew.
Dan Caroli yang memiliki pengalaman luas bersama Ducati tidak berseorangan dan akan dibanti seorang lagi mekanik dari Itali, Edoardo Ardemagni.
Menurut JDT Racing Team, Caroli memiliki pengalaman luas sebagai Senior Operator Pengujian dan Kejuruteraan Trek di beberapa jenama sukan permotoran termasuk Ferrari S.P.A, Clinica della Moto, Team VFT dan HPE S.r.l. Ardemagni.
Apa yang menarik, beliau juga adalah mekanik untuk Barni Racing Team Ducati di Itali.
Pasukan Barni pada Pusingan 1 WSBK 2024 di Australia minggu lalu melakar keputusan yang mengagumkan apabila pelumbanya dalam kelas elit, WorldSBK Danilo Petrucci mendapatkan podium pada Perlumbaan 2 di Phillip Island.
Pelumba pasukan itu dalam kelas WorldSSP, Yari Montella lebih cemerlang apabila memenangi kedua-dua Perlumbaan 1 dan 2.
JDT Racing Team menjalani ujian pra-musim persendirian di Petronas SIC minggu ini sebagai persiapan dan dijangka mendedahkan 'Liveri' pasukan itu pada Jumaat ini.