'JDT Racing Team Tak Ambil Masa Lama Nak Jadi Juara'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/27/20241 min read

'MUKA baharu' dalam kempen Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team dijangka tidak akan mengambil masa lama untuk bergelar jaguh di arena berkenaan.

Perkembangan itu disuarakan sendiri oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika ditanya mengenai kehadiran pasukan berkenaan dalam satu majlis, hari ini.

Menurut Mokhzani, perkara berkenaan sudah pun dibuktikan oleh JDT dalam sukan bola sepak.

"Berdasarkan profesionalisme JDT dalam sukan bola sepak dan sekiranya dilanjutkan dalam dunia permotoran, peluang mereka jadi jaguh dalam masa terdekat adalah jelas.

"Saya fikir pasukan ini dibentuk untuk mencapai kejayaan," kata Mokhzani yang turut menambah penggunaan jentera Ducati turut memberi kelebihan kepada pasukan itu.

JDT pada tahun lalu mengumumkan secara rasmi menyertai sukan permotoran dua roda secara serius dengan menyatakan akan bertanding di perlumbaan ARRC musim ini.

Dan pelumba yang memacu pasukan itu adalah bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Pasukan itu, semalam mengadakan ujian persendirian di Litar Petronas SIC dengan menunggunakan jentera yang bakal digunakan di ARRC, Ducati Panigale V4R.