'JENTERA Aprilia Lebih Baik Berbanding Ducati Di Catalunya' - Aleix Espargaro'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/3/20232 min read

JENTERA Aprilia memiliki pakej lebih baik berbanding Ducati di Grand Prix (GP) Catalunya, kata pemenang perlumbaan Sprint, Aleix Espargaro yang mengakui 'panas hati' terlepas tiket 'Pole' kepada Francesco Bagnaia.

Tanpa kedudukan di petak utama, Espargaro masih lagi bergelar calon utama di Catalan dengan 'kekuatan' jentera Aprilia dan sekalipun dipintas dua pelumba ketika permulaan, pelumba paling veteran di grid MotoGP 2023 itu enggan mengecewakan peminatnya di laman sendiri.

Dan selepas memintas Bagnaia di pertengahan perlumbaan, Espargaro melepasi garisan penamat dengan cukup dominan, 1 minit 989 saat di depan pemenang tempat kedua (Pecco).

Rakan sepasukannya, Maverick Vinales ketiga, ketinggalan 2.040 saat.

Dan sekalipun memenangi perlumbaan, Espargaro masih menyuarakan rasa tidak puas hatinya kerana terlepas kedudukan petak utama kerana Litar Catalunya adalah litar yang 'serasi' dengan Aprilia, sama seperti Red Bull Ring kepada Ducati.

"Ya, saya bersetuju. Pecco betul tetapi Pecco, ketika ini, berlumba di tahap yang amat tinggi," kata Espargaro.

"Pecco membuktikannya dengan petak utama. Kami sentiasa berkata untuk tidak memberikan pujian kepada kerja keras pelumba, tetapi jika dia tidak melakukannya dengan baik dan jentera tak bagus, tetapi jika dia mendapat keputusan bagus dan memiliki jentera terbaik, ia tidak selalunya benar.

"Ada begitu ramai pelumba Ducati tetapi Pecco membuktikan pada minggu ini yang dia amat pantas. Saya amat marah mengenai petak utama kerana saya tahu saya mempunyai jentera yang lebih baik berbanding Pecco di sini dan dia memecahkan rekod litar.

"Saya agak marah kepada diri sendiri. Adalah jelas di litar seperti Barcelona yang kami mempunyai lebih seretan dan kelajuan yang kami boleh manfaatkan ketika selekoh pantas lebih tinggi berbanding Ducati.

"Kami perlu bekerja keras pada litar lain kerana mereka meningkat dengan banyak terhadap sistem brek. Tetapi untuk litar seperti ini (Catalunya) kami adalah rujukan."

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Catalunya 2023

1. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), 20m 2.744s

2. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +1.989s

3. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +2.040s

4. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +2.857s

5. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), +4.341s

6. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), +4.940s

7. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), +6.746s

8. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +6.888s

9. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +8.068s

10. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22), +10.380s

11. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +11.823s

12. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +11.900s

13. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), +12.018s

14. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), +13.284s

15. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +16.207s

16. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +16.404s

17. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, +16.534s

18. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +17.147s

19. Iker Lecuona (SPA) LCR Honda (RC213V), +18.658s

20. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +19.080s

21. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +19.574s

Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), DNF