JENTERA Dua Kali Terputus Kuasa Secara Tiba-Tiba - Toprak Razgatlioglu
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/19/20251 min read


PELUMBA Turki, Toprak Razgatlioglu mendakwa jentera BMW M1000RR miliknya berdepan masalah teknikal apabila terputus kuasa sebanyak dua kali secara tiba-tiba pada pusingan terakhir Perlumbaan 2 WorldSBK di Most, Republik Czech, semalam.
Situasi itu menyaksikan penyandang dunia WorldSBK dua kali itu dinafikan kemenangan hatrik di Most selepas dipintas pelumba Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega dan garisan penamat.
Dan situasi itu jelas mencetuskan berang Razgatlioglu yang turut menuntut jawapan daripada pasukannya berhubung perkara berkenaan.
"Bagi saya, ia adalah nasib malang, kerana saya berusaha sehabis baik pada setiap pusingan," kata Razgatlioglu kepada WorldSBK.com selepas Perlumbaan 2.
"Saya betul-betul mencurahkan segala-galanya. Pada pusingan terakhir, pada selekoh terakhir, saya tidak tahu mengapa, tetapi pada laluan lurus, jentera kehilangan kuasa sebanyak dua kali."
"Saya kehilangan tempat pertama. Saya amat marah mengenai perkara ini.
"Kebiasaannya, Ducati sentiasa memintas saya selepas bendera dikibarkan. Mungkin ia disebabkan masalah minyak atau elektronik, tetapi saya masih menunggu jawapan daripada pasukan.
"Ini tidak bagus kerana setiap pusingan, saya sentiasa memberikan tekanan, dan hanya disebabkan pusingan terakhir dan laluan lurus, saya kehilangan tempat pertama. Saya tidak gembira."
Razgatlioglu berkata, dia sedar dengan kekuatan Ducati di laluan lurus yang memaksanya untuk mencuba strategi 'berbeza' dalam usahanya memintas Bulega.
"Secara normal, Ducati amat kuat di selekoh terakhir dan juga di laluan lurus," katanya. "Tidak mustahil untuk melakukan serangan pada selekoh 1. Saya mencuba banyak strategi.
"Pada permulaan perlumbaan, saya hanya mengikuti Nicolo dan berlumba secara normal, cuba menjaga tayar belakang. Selepas itu, saya merasa bersedia untuk menunggang bersendirian, saya memintasnya.
"Saya kebiasannya boleh mengekalkan kelajuan yang baik, tetapi pada penghujung perlumbaan, saya mula merasa tergelincir. Saya kehilangan banyak masa di laluan lurus kerana Ducati amat kuat. Setiap pusingan, jurang itu mengecil. Pada pusingan terakhir, sata tidak faham dengan masalah teknikal ini, dan saya kehilangan tempat pertama."
