JIKA Saya Buat Perkara Sama, Jangan Ada Hukuman - Jorge Martin

.

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/23/20241 min read

JORGE Martin menegaskan dia sudah menutup segala ruang untuk mengelak daripada dipintas Enea Bastianini pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Emilia Romagna, semalam dan berharap turut tidak berdepan hukuman jika melakukan gerakan yang sama di masa depan.

Pelumba Pramac Ducati itu dinafikan kemenangan pada aksi kedua MotoGP dalam tempoh dua minggu di Misano, Itali susulan tindakan kontroversi Bastianini yang memintasnya dengan cara yang disifatkan 'tak bersih'.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, Martin begitupun berjaya memimpin hampir keseluruhan perlumbaan namun terpaksa sekali lagi menamatkan aksi sebagai naib juara susulan insiden itu.

Apa yang lebih mengecewakan, Steward FIM menjelaskan tiada keperluan untuk menilai semula insiden berkenaan dengan keputusan menghadiahkan Bastianini kemenangan keduanya musim ini.

"Sudah tentu saya fikir ia adalah minggu yang hebat," kata Martin. "Saya kompetitif, saya yang paling kuat pada hari ini (perlumbaan) di Misano pada perlumbaan kedua.

"Selepas mengharungi banyak pusingan saya berupaya untuk mendapatkan langkah ini daripada minggu sebelumnya dan menjadi amat laju.

"Tetapi saya perlu menguruskan situasi Enea, dan saya fikir tidak ruang untuk (dia) melakukan gerakan itu.

"Tiada guna untuk berterusan bercakap mengenainya kerana ia tidak mengubah apa-apa. Tetapi sudah tentu saya fikir saya layak mendapat kemenangan.

"Sekurang-kurangnya jika saya melakukan gerakan itu, paling kurang lakukannya secara bersih dan jangan menyentuh saya."

Mengulas lanjut, Martin percaya apa yang berlaku kepadanya memberik contoh yang tindakan agresif seperti dibuat Bastianini tidak akan dikenakan hukuman.

"Sudah tentu, kini saya fikir kami kini lebih jelas mengenai arah idea perlumbaan untuk masa depan," kata pendahulu kejuaraan dunia MotoGP itu. "Jadi pada masa depan, jika saya perlu melakukan perkara yang sama, jadi ia tidak mempunyai sebarang tindakan... Saya harap."

Sekalipun menamatkan perlumbaan sebagai naib juara, Martin begitupun kembali menjarakkan kedudukan sebagai pendahulu dengan pencabar terdekatnya, Francesco Bagnaia kepada 24 mata susulan kemalangan yang menimpa pelumba Ducati Lenovo itu.