JOAN Mir Bengang, Ujian Honda HRC Di Barcelona 'Tak Produktif'
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/22/20241 min read


JOAN Mir tak berpuas hati dengan perjalanan ujian pertama MotoGP 2025 yang dilakukan oleh Honda di Barcelona.
Pengeluar Jepun itu menamatkan kempen musim lalu dengan keputusan terburuknya dalam MotoGP apabila menghuni tangga tercorot pengeluar dengan hanya mengumpul 75 mata.
Sebagai perbandingan, juara kategori pengeluar Ducati mengumpul keseluruhan 722 mata.
Tidak seperti pengeluar Eropah, pengeluar Jepun seperti Yamaha dan Honda memperoleh 'kelebihan' susulan peraturan konsesi yang membolehkan mereka mendapat lebih sesi ujian.
Begitupun ketika ujian di Barcelona, prestasi yang ditampilan Honda RC213V membuktikan mereka masih jauh berbanding pencabar kejuaraan.
Dan Mir yang sekadar mencatatkan masa ke-15 terpantas dan melakukan 67 pusingan menuding jari kepada pengeluar gergasi itu sambil menyatakan Honda kekurangan pakej baharu untuk diuji.
"Amat tidak gembira. Ia bukan hari yang produktif," kata juara dunia MotoGP 2020 itu. "Semua yang kami cuba pernah kami cuba sebelum ini. Kami tidak melakukan sebarang naik taraf yang membenarkan kami untuk menjadi lebih laju.
"Kami mencuba pakej standard kami dan dengan pakej yang sebelum ini tidak membuahkan hasil.
"Jadi, kamu boleh bayangkan yang ia adalah hari yang tidak saya jangkakan. Saya hanya berharap ujian minggu depan di Jerez kami akan mendapat lebih naik taraf," kata kepada Crash.net
Ketika ditanya sama ada dia merasakan Honda tidak bekerja cukup keras, Mir menjawab: "Ini yang saya fikirkan, tetapi realitinya adalah kami mengharapkan sesuatu yang lebih lagi.
Dan alasan Honda mengapa pakej baharu tidak dibawa ketika ujian di Barcelona adalah berikutan masa.
