JOHANN Zarco Yakin Kekal Di Honda, Bakal Dapat Kontrak HRC?
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/12/20251 min read


JOHANN Zarco yang cemerlang melakar sejarah di Le Mans, semalam yakin dia akan kekal bersama pengeluar Jepun itu ketika kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim ini.
Pelumba Perancis itu mengharungi perlumbaan menakjubkan di laman sendiri apabila menjadi pelumba tuan rumah pertama memenangi perlumbaan MotoGP di laman sendiri yang kali terakhir dilakukan pada 1954.
Selain melakar sejarah di negara kelahirannya, kemenangan Zarco memberikan Honda kemenangan pertama sejak kali terakhir memperolehnya di COTA pada 2023 bersama Alex Rins yang turut berlumba bersama LCR ketika itu.
"Rins datang kepada saya dan berkata 'Kamu mencurinya daripada saya iaitu kemenangan terakhir untuk Honda!," kata Zarco.
"Apabila dia memberitahu saya perkara itu, saya merasa bangga kerana saya tidak menyedarinya sebelum itu. Saya akan kekal dengan Honda... Persoalan sekarang adalah bila."
Ketika ditanya sama ada kemenangan di Le Mans membantunya untuk menyertai pasukan 'kilang' Honda HRC, Zarco berkata ia bukan sesuatu yang mustahil.
"Mungkin! Perbincangan dengan Honda amat, amat bagus sekali pun sebelum kemenangan itu. Kerana kerja yang saya lakukan dan perasaan saya ada bersama mereka, dengan pasukan, dan cara kami bekerja, kami amat gembira.
"Dan juga, saya tahu yang saya akan kekal dengan Honda, kami hanya perlu memutuskan jika... Saya menunggu apa yang Honda benar-benar mahukan. Kami bercakap dengan amat jelas juga dengan Lucio.
"Kami menerima sokongan penuh daripada Honda, malah di LCR. Tetapi jelas kemenangan boleh memberikan sedikit lebih, jadi kita tunggu dan lihat. Perbincangan amat positif. Dan kini persoalannya adalah masa untuk mengetahui di mana untuk pergi."
Zarco ketika ini menghuni tangga ke-6 dalam carta kejuaraan MotoGP dengan Luca Marini di kedudukan ke-13, Joan Mir ke-19 dan rookie, Somkiat Chantra masih belum mengutip sebarang mata.
