JORGE Lorenzo Rasa Toprak Lagi Sesuai Dengan Ducati, Honda
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/11/20251 min read


LEGENDA MotoGP yang juga juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo berpandangan pelumba Turki, Toprak Razgatlioglu lebih 'serasi' menunggang jentera Ducati atau Honda berbanding Yamaha di pentas MotoGP.
Razgatlioglu, baru-baru ini mengesahkan perjanjian untuk 'berhijrah' ke MotoGP selepas menandatangani kontrak bersama Yamaha untuk menyertai pasukan satelit Yamaha, Pramac Racing bagi kempen 2025.
Sekali pun sudah dijangka, perpindahan itu tetap mencetus kejutan dengan Razgatlioglu yang juga juara dunia dua kali WorldSBK cukup terkenal dengan gaya tunggangannya yang menghiburkan, agresif dan cukup hebat kepada melakukan brek dengan keras.
"Wow! Berita yang mengujakan untuk semua peminat MotoGP yang kita semua ingin baca," tulis Lorenzo.
"Sekali pun saya fikir gaya tunggangannya lebih serasi dengan Ducati atau Honda, saya yakin dengan kesabaran dan masa, Toprak akan berjaya juga di MotoGP. Bakatnya dan kemampuannya untuk membrek memang tidak boleh dinafikan.
"Tahniah kepada Toprak, Pramac dan Yamaha atas perjanjian itu."
Lorenzo sebelum ini pernah menunggang bersama Yamaha yang menghadiahkannya tiga kejuaraan dunia MotoGP selain Ducati dan Honda.
Sebagai pelumba WorldSBK, kehadiran Razgatlioglu dikatakan cukup penting ketika MotoGP melakukan perubahan pembekal tayar rasmi daripada Michelin kepada Pirelli pada musim 2027.
