JORGE Martin Akui Gemuruh Harungi Sprint GP Rep. Czech

Jorge Martin akui dilanda perasaan pada kepulangan semulanya di pentas perlumbaan ketika mengharungi aksi Sprint di Grand Prix (GP) Republik Czech 2025

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/20/20251 min read

Jorge Martin
Jorge Martin

PENYANDANG juara dunia MotoGP, Jorge Martin mengakui dia merasa gemuruh pada kepulangan semulanya di pentas perlumbaan ketika mengharungi aksi Sprint di Grand Prix (GP) Republik Czech 2025, semalam.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu kembali berlumba sejak tersisih susulan kecederaan yang dihadapinya di Qatar pada April yang juga penampilan pertamanya pada musim ini pada minggu perlumbaan selepas terlepas tiga pusingan awal.

Martin berjaya melayakkan diri ke Kelayakan 2 secara terus tetapi hanya memulakan perlumbaan di petak ke-12 sebelum menamatkan Perlumbaan Sprint yang berlangsung 10 pusing di tempat ke-11.

Sekalipun berjaya untuk berada di posisi pungutan mata dengan mengikuti rakan sepasukannya, Marco Bezzecchi, Martin begitupun tidak berjaya mengekalkan kedudukan berkenaan dan menjelaskan kedudukan tidak penting buatnya ketika ini.

"Sudah tentu saya gemuruh sebelum permulaan, tetapi ia sesuatu yang normal," kata Martin kepada TNT Sport.

"Tetapi saya benar-benar fokus, beberapa pusingan awal hebat. Saya berada di kelompok (utama), jadi saya cuba untuk belajar dengan jentera, daripada Marco yang kerana saya berada di belakangnya.

"Saya merasakan yang kami memerlukan banyak masa lagi. Ketika ini tidak penting jika kami berada di kedudukan kelima, keenam, ke-11. Ketika ini keputusan tidak penting.

"Perkara paling penting adalah untuk terus membina keyakinan pusingan demi pusingan dan merasa lebih baik. Jadi itu adalah sasaran utamanya."

Martin dalam pada itu terlalu 'menekan' jenteranya dan mengakui pelarasan dan tetapan jenteranya belum lagi serasi dengannya.

"Saya merasa kuat, merasa bersedia. Tetapi sudah tentu, tanpa mengetahui jentera dengan baik saya menunggangnya secara berlebihan sedikit."