'JORGE Martin Bermotivasi Tinggi Nak Bukti Ducati Salah'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/16/20241 min read

BOS Pramac Racing, Paolo Campinoti mendedahkan Jorge Martin bermotivasi tinggi untuk membuktikan Ducati Corse melakukan tindakan salah tidak memilihnya sebagai gandingan Francesco Bagnaia musim depan.

Seperti diketahui, Ducati Corse memilih Marc Marquez berbanding Martin untuk mengisi kekosongan di pasukan 'kilang' Ducati itu di MotoGP.

Lebih mengecewakan, keputusan itu dibuat ketika Martin sedang mengisi carta teratas kedudukan pelumba musim ini dan antara alasannya adalah bagi memastikan juara dunia lapan kali, Marquez di garaj Ducati.

Dan tindakan itu membuatkan Martin akhirnya angkat kaki dan menyertai Aprilia Racing musim depan.

"Dia (Martin) nampak seperti mempunyai personaliti yang kuat tetapi dia seorang lelaki yang amat baik," kata Campinoti kepada TNT Sports.

"Dia seorang individu yang baik, amat komited dan bermotivasi untuk menunjukkan yang Ducati membuat keputusan yang salah dengan membawa masuk Marc!"

Bersaing sengit dengan Bagnaia bagi pemburuan gelaran dunia musim ini, Martin berpotensi untuk membawa plat nombor 1 daripada Ducati ke Aprilia juga menang.

Menghuni tangga teratas kejuaraan musim ini, Martin begitupun hanya dibezakan tujuh mata dengan Pecco dan 53 mata di depan Marquez susulan 'kesilapan' yang dibuat di Misano, minggu lalu.

"Ia amat penting," kata Campinoti mengulas kemenangan Martin pada Perlumbaan Sprint di Misano. "Jorge sentiasa di depan tetapi tidak dapat menang pada perlawanan terakhirnya.

"Dari sudut keyakinan, dia berupaya menunjukkan yang dirinya dan semua orang dia masih ada di sana."