JORGE Martin Dibenar Keluar Hospital Tapi Kekal Di Qatar
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/21/20251 min read


APRILIA mengesahkan pelumbanya, Jorge Martin sudah diberi pelepasan keluar daripada hospital di Qatar tetapi belum bersedia untuk meninggalkan negara berkenaan.
Penyandang juara duni MotoGP itu dimasukkan ke hospital sejak mengalami kemalangan ngeri ketika Grand Prix Qatar minggu lalu yang menyaksikannya berdepan 11 kecederaan patah tulang rusuk selain masalah kegagalan paru-paru.
"Jorge sudah pun dibenarkan keluar daripada Hospital Besar Hamad dan akan kekal di Qatar selama beberapa hari lagi sehingga keadaan kesihatannya stabil," kata Aprilia.
"Sejurus keadaannya membenarkannya, penerbangan khas akan diatur untuk membawanya pulang ke Eropah."
Martin menerima rawatan khususnya membabitkan masalah paru-parunya sepanjang minggu ini.
Setakat ini, tiada tempoh masa diberikan untuk kepulangan semula pelumba Sepanyol itu ke trek tetapi menurut jangkaan, ia akan berehat untuk tempoh yang agak lama.
Pelumba ujian Aprilia, Lorenzo Savadori akan sekali lagi menggantikan tempatnya bagi Pusingan 5 MotoGP di Grand Prix Sepanyol pada minggu ini.
Martin sudah pun terlepas tiga pusingan awal pada musim ini susulan masalah kecederaan yang dihadapinya di Malaysia dan Sepanyol sebelum kempen bermula.
Kembali ke Qatar, bekas pelumba Pramac Ducati itu sekali lagi dipalit kecederaan susulan kemalangan pada perlumbaan GP Qatar yang menyaksikannya terjatuh pada selekoh 12 dan dirempih pelumba VR46 Ducati, Fabio di Giannantonio.
