JORGE Martin 'Garang' Hari Pertama Ujian Pra-Musim MotoGP 2024 Di Sepang
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/6/20242 min read
PETRONAS SIC kembali bingit dengan deruman jentera MotoGP, hari ini bagi ujian rasmi pra-musim MotoGP 2024 yang menyaksikan pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin merakam masa terpantas.
Beraksi buat pertama kali dengan jentera serba baharu GP24 Ducati, Martin merekodkan catatan 1 minit 57.951 saat (saat) yang dilakukannya pada pusingan ke-22 daripada keseluruhan 59 pusingan.
Tampak selesa selepas mengharungi ujian 'Shakedown' selama tiga hari bersama jentera RC16 KTM, pelumba 'Rookie' MotoGP, Pedro Acosta mencatatkan masa kedua terpantas.
Catatan yang dilakukan pelumba pasukan Red Bull GasGas Tech3 itu hanya +0.269s di belakang Martin.
Turut memperoleh kelebihan menguji jenteranya lebih lama, pelumba pasukan Monster Yamaha, Fabio Quartararo merakam catatan ketiga terpantas, +0.277s berbanding catatan Martin.
Secara keseluruhan, seramai 23 pelumba mengambil bahagian dalam sesi pertama kali ini termasuk dua pelumba ujian daripada Yamaha (Cal Crutchlow) dan Ducati (Michele Pirro).
Pirro mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pelumba Pramac Ducati, Franco Morbidelli yang tidak menyertai sesi ujian kali selepas mengalami kecederaan ketika latihan Superbike.
Penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) dalam pada itu sekadar melakukan catatan ke-16 terpantas dan turut berdepan kemalangan di sesi pagi.
Pelumba tumpuan, Marc Marquez (Gresini Ducati) dalam pada itu turut mengalami kejatuhan pertamanya bersama jentera Ducati di selekoh ke-15 dengan mencatatkan masa ke-9 terpantas keseluruhan.
Turut mengalami kemalangan adalah pelumba pasukan satelit Aprilia, Raul Fernandez dan Alex Marquez.
Dari sudut kelajuan, Honda, KTM dan Ducati masing-masing merekodkan kelajuan 336.4 km/j dengan jentera terpantas Yamaha merekodkan 335.4 km/j.
Berikut adalah catatan terpantas (setiap pelumba) berakhir hari pertama ujian rasmi pra-musim MotoGP 2024
1.. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), 1m 57.951s, 336.4 km/j
2. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), 1:58.220, 336.4 km/j
3. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1:58.228s, 335.4 km/j
4. Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), 1:58.325, 331.2 km/j
5. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 1:58.357, 330.2 km/j
6. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), 1:58.470, 334.3 km/j
7. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), 1:58.542, 332.3 km/j
8. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), 1:58.605, 333.3 km/j
9. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), 1:58.621, 336.4 km/j
10. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), 1:58.670, 334.3 km/j
11. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1:58.716, 331.2 km/j
12. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), 1:58.724, 335.4 km/j
13. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), 1:58.738, 332.3 km/j
14. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), 1:58.741, 332.3 km/j
15. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), 1:58.750, 333.3 km/j
16. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 1:58.813, 332.3 km/j
17. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), 1:58.969, 336.4 km/j
18. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), 1:59.048, 335.4 km/j
19. Cal Crutchlow (GBR) Yamaha Test Rider (YZR-M1), 1:59.137, 332.3 km/j
20. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), 1:59.212, 329.2 km/j
21. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), 1:59.543, 330.2 km/j
22. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), 2:00.120, 332.3 km/j
23. Michele Pirro (ITA) Pramac Ducati (GP24), 2:00.402, 330.2 km/j
Sumber imej: Petronas SIC