JORGE Martin Heret Drama 'Pecco Vs Martin' Hingga Perlumbaan Terakhir MotoGP 2023

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/26/20232 min read

JORGE Martin mengheret drama pemburuan kejuaraan dunia MotoGP 2023 ke perlumbaan terakhir musim ini di Grand Prix (GP) Valencia selepas menjuarai Perlumbaan Sprint, semalam.

Kemenangan pelumba pasukan satelit Ducati, Pramac Racing itu dan kedudukan ke-5 diraih pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia menyaksikan perbezaan kedua-dua pelumba kini hanya 14 mata.

Martin yang memulakan perlumbaan di petak keenam menggunakan sepenuhnya 'kekuatan' jentera Ducati miliknya sejurus perlumbaan dimulakan dengan Bagnaia yang memulakan perlumbaan di petak kedua tampak seperti 'terganggu'.

Selepas 'perseteruan' di awal perlumbaan membabitkan kedua-dua pelumba membenarkan pelumba lain memintas mereka, Bagnaia seperti memperlahankan 'rentaknya' ketika Martin terus agresif dan meraih kemenangan.

Menamatkan perlumbaan di tempat kedua adalah pelumba KTM, Brad Binder.

Dan turut menarik adalah keputusan yang diraih Marc Marquez yang melengkapkan kedudukan podium pada penghujung penampilannya di Repsol Honda.

Marquez pada tahun depan akan menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing dan bergandingan bersama adiknya, Alex Marquez.

Keputusan menyaksikan jika Martin meraih kemenangan pada perlumbaan utama, hari ini, Bagnaia perlu sekurang-kurangnya meraih tempat lima terbaik untuk dinobat juara dunia MotoGP buat kali kedua berturut-turut.

Berikut adalah keputusan Perlumbaan Sprint GP Valencia 2023

1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23) 19m 38.827s

2. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) +0.190s

3. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V) +2.122s

4. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +3.106s

5. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +4.253s

6. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22) +4.400s

7. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) +4.502s

8. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22) +5.578s

9. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23) +5.910s

10. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)* +6.095s

11. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22) +7.674s

12. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16) +8.098s

13. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +9.513s

14. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) +10.887s

15. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1) +11.943s

16. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +12.453s

17. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +12.599s

18. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V) +13.787s

19. Alex Rins (SPA) LCR Honda (RC213V) +20.378s

20. Lorenzo Savadori (ITA) RNF Aprilia (RS-GP22) +25.017s

Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) DNF