JORGE Martin Jawab Dakwaan Sertai Yamaha
Selepas melalui musim penuh cabaran termasuk kecederaan berulang yang menjejaskan prestasi, hubungan Jorge Martin dengan Aprilia turut tegang apabila dia cuba mengaktifkan klausa keluar untuk menyertai Honda pada 2026
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/3/20261 min read


PELUMBA bintang Aprilia Racing yang juga juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin tampil memberi jawapan mengenai desas-desus yang mengaitkan dirinya dengan pasukan Yamaha bagi musim 2027.
Pelumba Sepanyol itu kini memasuki tahun terakhir kontraknya bersama Aprilia.
Selepas melalui musim penuh cabaran termasuk kecederaan berulang yang menjejaskan prestasi, hubungan dengan Aprilia turut tegang apabila Martin cuba mengaktifkan klausa keluar untuk menyertai Honda pada 2026.
Tetapi pada akhirnya, Martin kekal bersama pasukan Itali itu sehingga kontraknya tamat pada musim ini.
Seperti diketahui, desas-desus Martin ke Yamaha timbul selepas Fabio Quartararo dilaporkan menyertai Honda.
Dan ketika ditemui pada Ujian Pra-Musim Sepang minggu ini, Martin yang tidak beraksi dan masih dalam proses pemulihan selepas dua pembedahan, menegaskan fokusnya kini adalah pada Aprilia.
"Saya melihatnya," kata Martin kepada MotoGP mengenai laporan itu. "Lucu betapa awalnya khabar angin ini keluar. Sebagai peminat, saya sentiasa mengingato cuba untuk menganalisa pelumba mana yang mahu menukar jentera.
"Tetapi seperti saya katakan, saya berada di sini di ujian ini kerana saya mahu fokus kepada Aprilia. Saya benar-benar mahu fokus pada musim 2026 dan membantu projek ini bertambah baik."
Martin menambah pasukan pengurusannya sedang menguruskan masa depan kariernya, namun dia tidak menetapkan tarikh akhir untuk membuat keputusan.
"Ia tiada berada dalam minda saya," kata Martin ketika ditanya adalah dia sudah mempunyai tarikh akhir. Pasaran bergerak, orang bergerak amat pantas. Kita akan lihat apa yang berlaku pada minggu depan."

