JORGE Martin Juara Perlumbaan Sprint GP AS 2026, 'Buat Hal' Selepas Menang!
Kemenangan Jorge Martin jelas amat bermakna buat pelumba Aprilia Racing itu kerana ia adalah gelaran pertamanya sejak memenangi kejuaraan dunia MotoGP bersama Pramac Ducati sejak 2024
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/29/20262 min read


PELUMBA Aprilia, Jorge Martin melakar kemenangan sulungnya bersama pengeluar Itali itu selepas menjuarai perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) 2026 yang berlangsung penuh dramatik di Litar of the Americas (COTA), awal pagi tadi.
Begitupun, berlaku insiden melucukan apabila pelumba kelahiran Sepanyol itu terjatuh ketika melakukan aksi 'wheelie' ketika meraikan kemenangannya sejurus tamat perlumbaan.
Apapun, kemenangan itu amat bermakna buat Martin kerana ia adalah gelaran pertamanya sejak memenangi kejuaraan dunia MotoGP bersama Pramac Ducati sejak 2024, sekali gus membolehkannya merampas takhta pendahulu kejuaraan dunia musim 2026.
Selain Martin, pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia turut meraih podium pertamanya pada musim ini selepas menamatkan perlumbaan sebagai naib juara.
Melintasi garisan penamat di tempat ketiga melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta.
Begitupun, kedudukan Acosta di podium ditarik selepas dia dikenakan penalti susulan kegagalan mematuhi peraturan tekanan tayar, menyebabkan kedudukannya jatuh ke tangga ke-8 dan menyaksikan Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) yang secara automatik dinaikkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Sementara itu, pelumba yang dilabel 'Raja COTA' Marc Marquez yang tidak menamatkan perlumbaan susulan kemalangan dikenakan penalti susulan kemalangan yang berlaku bersama pelumba VR46 Ducati, Fabio di Giannantonio.
Memulakan perlumbaan di petak ke-7, kejayaan Martin banyak didorong oleh strategi beraninya yang menjadi satu-satunya pelumba menggunakan tayar belakang dengan kompaun medium berbanding pencabar lain yang memilih tayar soft.
Kelebihan tayar itu membolehkannya merapatkan jurang sebelum melakukan pintasan agresif ke atas pendahulu perlumbaan Bagnaia pada penghujung laluan lurus di pusingan terakhir.
Terdahulu, Martin bernasib baik apabila naik ke tempat kedua selepas rakan sepasukannya yang juga pendahulu kejuaraan sebelum ini, Marco Bezzecchi mengalami kemalangan.
Bagi penyandang juara dunia Marquez, tindakannya menjadi 'penyebab' kemenangan menyaksikannya dikenakan penalti.
Sementara itu, Bezzecchi dan pelumba Honda, Luca Marini masing-masing dikenakan penalti dua petak kerana menghalang Marc Marquez ketika pusingan kelayakan.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP AS 2026
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP26), 20m 19.546s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP26), +0.755s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +3.199s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP26), +3.638s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +5.521s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP26), +7.183s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP26), +8.634s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +10.484s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +10.574s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP25), +12.860s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +13.757s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +14.567s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +16.019s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +17.006s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +18.785s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +51.120s
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP26), +1 lap
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP26), DNF
Toprak Razgatlioglu (TUR) Pramac Yamaha (YZR-M1), DNF
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP26), DNF
Diogo Moreira (BRA) Pro Honda LCR (RC213V), DNF

