JORGE Martin Julang Perlumbaan Sprint GP Malaysia, Pecco Bagnaia Jatuh
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/2/20242 min read


JORGE Martin mendekati gelaran dunia MotoGP pertamanya selepas menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix Malaysia 2024 ketika pencabar utamanya, Francesco Bagnaia terjatuh dari posisi kedua.
Kemenangan Martin dari pasukan Pramac Ducati ditambah dengan kejatuhan Bagnaia dari Ducati Lenovo menyaksikan jurang di antara kedua-dua pelumba yang masih berpeluang menjulang gelaran dunia musim ini meningkat kepada 29 mata.
Martin dari Sepanyol sebelum perlumbaan berlangsung memiliki kelebihan 17 mata di depan Bagnaia.
Memanfaatkan situasi 'holeshot' selepas bermula di petak kedua di belakang Bagnaia, Martin pantas memimpin perlumbaan sejak pusingan pertama.
Dan sekalipun dicabar hebat Bagnaia, penyandang juara dunia itu terjatuh di selekoh sembilan ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan.
Ia adalah keputusan 'DNF' (Tak tamatkan perlumbaan) kali kelapan buat pelumba kelahiran Itali itu pada musim ini.
Keputusan Perlumbaan Sprint menyaksikan Martin hanya perlu menambah kelebihan yang dimilikinya kepada sembilan mata pada perlumbaan utama untuk mengesahkan gelaran dunianya.
pelumba Gresini Ducati, Marc Marquez yang berada di posisi ketiga pada satu ketika cuba memberi tekanan kepada Martin namun mengendurkan cabarannya untuk mengesahkan kedudukan kedua di Sepang.
Situasi sama turut berlaku kepada rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini yang melengkapkan kedudukan podium.
Empat kedudukan teratas turut diisi pelumba Ducati menerusi Alex Marquez dari Gresini Ducati tetapi apa yang menarik adalah pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.
Rakan sepasukan Martin, Franco Morbidelli keenam dengan tiga pelumba KTM diketuai Brad Binder, Jack Miller dan Pedro Acosta melengkapkan posisi ke-7 hingga ke-9.
Luca Marini menjadi pelumba terbaik Honda di kedudukan ke-15 namun tanpa sebarang mata dengan pelumba LCR Honda, Johann Zarco mengikuti Bagnaia menamatkan perlumbaan dengan status 'DNF' namun disebabkan masalah jentera.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Malaysia 2024
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), 19m 49.23s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.913s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +2.010s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +6.575s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +7.917s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +8.957s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +11.015s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +11.834s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +12.091s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +12.840s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +14.901s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +15.224s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +17.115s
Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +18.603s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +19.090s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +20.204s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +21.711s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +23.814s
Andrea Iannone (ITA) VR46 Ducati (GP23), +25.898s
Lorenzo Savadori (ITA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +29.778s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), DNF
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), DNF
