JORGE Martin Kagum Prestasi Aprilia RS-GP25

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/19/20241 min read

JUARA dunia MotoGP 2024, Jorge Martin mengakui kagum dengan prestasi yang dihamburkan jentera Aprilia GR-GP25 ketika menunggangnya buat pertama kali ketika ujian di Barcelona, bulan lalu.

Martin membuat kejutan dengan meninggalkan Ducati musim ini untuk berlumba bersama Aprilia tahun depan selepas merangkul gelaran dunia bersama Pramac Ducati selepas 'tempatnya' di Ducati Lenovo diberikan kepada pelumba lain.

Dan sekalipun berdasarkan situasi kontrak menyatakan Martin tidak boleh menyatakan dengan terperinci mengenai jenteranya sehingga tahun depan, pelumba kelahiran Sepanyol itu bersetuju yang Aprilia GR-GP25 yang ditunggangnya cukup berpotensi selepas melakukan 77 pusingan ketika ujian.

"Saya tidak boleh bercakap banyak mengenai jentera, tetapi berdasarkan wajah saya kamu semua boleh melihat di mana mereka berada," kata Martin memetik laporan Motorsport.com

"Saya gembira, dan saya tidak dfikri yang saya boleh menjadi lebih gembira berbanding ketika berada di Aprilia berbanding di tempat lain.

"Saya fikir pakej baharu amat mengujakan, peningkatan yang dibuat terhadap jentera adalah yang terbesar dalam tempoh beberapa tahun. Potensinya adalah tinggi dan nampak amat bagus."

Pada ujian di Barcelona, pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez melakukan catatan terpantas 1 minit 38.803 saat (s) diikuti pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo, ketinggalan 0.396s.

Catatan ketiga terpantas dilakukan Francesco Bagnaia menggunakan jentera Ducati GP25 diikuti rakan sepasukannya, Marc Marquez.

Martin melakukan catatan ke-11 terpantas, ketinggalan 1.056s berbanding Alex Marquez namun ia bukan catatan terpantas daripada pelumba Aprilia yang dilakukan Raul Fernandez yang mencatatkan masa kelima terpantas.

Martin dijadual menggunakan jentera yang sama ketika ujian pra-musim bersambung di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS pada awal Februari depan.

Selain Martin, pengeluar motosikal Itali itu turut mendapatkan seoarang lagi bekas pelumba Ducati, Jorge Martin bagi memacu pasukan itu musim depan.