JORGE Martin menang Aksi Sprint MotoGP GP Qatar 2023, 'Pecco' Bagnaia ke-5

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/18/20232 min read

JORGE Martin meneruskan tekanannya terhadap Francesco Bagnaia dalam pemburuan kejuaraan MotoGP 2023 dengan merangkul kemenangan ke-8 Perlumbaan Sprint miliknya musim ini di Grand Prix (GP) Qatar, awal pagi tadi.

Kemenangan Martin (Pramac Racing) di Litar Antarabangsa Losail itu menyaksikan perbezaan matanya dengan Bagnaia kini dicantas kepada 10 mata menuju tiga perlumbaan terakhir musim ini.

Keputusan itu berjaya dicapai Martin yang memulakan perlumbaan di petak kelima selepas Bagnaia melepasi garisan penamat di kedudukan kelima.

Mengikuti Martin di podium perlumbaan Sprint adalah pelumba Gresini Ducati yang tak lagi bersama pasukan itu musim depan, Fabio Di Giannantonio.

Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba yang memulakan aksi di petak utama, Luca Marini dari pasukan Mooney VR46.

Berbaki tiga lagi pusingan, termasuk dua di Pusingan ke-20 dan terakhir di Valencia, Sepanyol minggu depan menyaksikan Bagnaia mengumpul keseluruhan 417 mata dan Martin 410 mata.

Martin ketika temuramah di televisyen berkata kemenangan di Perlumbaan Sprint amat penting baginya dan berharap ia dapat diulangi sekali lagi pada perlumbaan utama.

Di tangga keempat adalah rakan sepasukan Di Giannantonio, Alex Marquez dengan pelumba terbaik bukan Ducati di carta kedudukan diraih Maverick Vinales (Aprilia Racing) di tangga ke-7.

Sementara itu, pelumba terbaik dari pengeluar Jepun adalah Fabio Quartararo (Monster Yamaha) yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan.

Marc Marquez menjadi pelumba terbaik Honda dengan melepasi garisan penamat di kedudukan ke-11.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Qatar 2023

1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), 20m 52.634s

2. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), +0.391s

3. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +2.875s

4. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22), +3.370s

5. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +3.957s

6. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +4.239s

7. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +5.761s

8. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +6.454s

9. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), +8.285s

10. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), +8.314s

11. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +9.596s

12. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +10.173s

13. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +10.646s

14. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), +11.117s

15. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +12.163s

16. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), +12.745s

17. Iker Lecuona (SPA) LCR Honda (RC213V), +19.285s

18. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +26.238s

19. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +28.446s

20. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +35.553s

Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), DNF

Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), DNF