JORGE Martin Menang Perlumbaan Sprint GP Jepun 2023, Kelebihan Pecco Terus Dicantas!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/30/20232 min read

JORGE Martin terus mencantas kelebihan Francesco Bagnaia selaku pendahulu kejuaraan dunia MotoGP 2023 dengan memenangi Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Jepun 2023, hari ini.

Kemenangan di Motegi itu adalah ketiga berturut-turut buat pelumba pasukan satelit Ducati (Pramac Racing) itu dalam kempen Sprint selepas India dan San Marino.

Kejayaan di Jepun turut menyaksikan Bagnaia dari pasukan 'Factory' Ducati kini hanya dibezakan lapan mata dengan Martin.

Memulakan perlumbaan di petak utama, Martin begitupun terpaksa mengerah keringat sebelum meraih kemenangan dengan catatan 21 minit 0.734 saat (s) meninggalkan pelumba KTM, Brad Binder.

Melengkapkan kedudukan podium adalah Bagnaia dengan pemenang di Motegi tahun lalu, Jack Miller terpaksa berpuas hati di tangga keempat.

Rakan sepasukan Martin, Johann Zarco yang akan berpindah ke Honda pada musim depan menamatkan perlumbaan di tangga kelima diikuti seorang lagi pencabar kejuaraan dunia, Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati).

Pelumba terbaik yang menghgunakan jentera Jepun kekal Marc Marquez apabila pelumba Repsol Honda itu menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh.

Berikut Keputusan Perlumbaan Sprint GP Jepun 2023

1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), 21m 0.734s

2. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +1.390s

3. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +5.279s

4. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +6.194s

5. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), +6.315s

6. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +8.919s

7. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +9.298s

8. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), +10.189s

9. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +12.404s

10. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), +15.366s

11. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), +15.473s

12. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, +15.592s

13. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +17.052s

14. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), +18.092s

15. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +19.333s

16. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +19.645s

17. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +21.862s

18. Cal Crutchlow (GBR) Yamalube RS4GP (YZR-M1), +26.026s

19. Michele Pirro (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +27.911s

20. Stefan Bradl (GER) LCR Honda (RC213V), +28.178s

Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), DNF