JORGE Martin Menang Perlumbaan Sprint GP Perancis, Pecco 'DNF'!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/11/20242 min read


JORGE Martin terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan MotoGP musim ini apabila memenangi Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Perancis 2024, hari ini.
Kemenangan di Le Mans itu adalah kemenangan Sprint ketiga buat pelumba pasukan Pramac Ducati itu musim ini yang turut menyaksikannya kini memiliki kelebihan 28 mata di depan pencabar terdekatnya, Enea Bastianini yang mengambil alih tempat kedua carta daripada Francesco Bagnaia.
Malang buat Bagnaia apabila pelumba pasukan Ducati Lenovo itu tidak dapat menamatkan perlumbaan susulan berdepan masalah jentera.
Memulakan perlumbaan di petak utama, Martin jelas membuktikan dia memiliki jentera terbaik di grid ketika ini selepas memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir.
Dicabar pelumba VR46 Ducati, Marco Bezzecchi hampir keseluruhan perlumbaan, pemenang GP Perancis musim lalu itu begitupun terjatuh ketika berbaki empat pusingan.
Dan keputusan itu menyaksikan pelumba bintang Gresini Ducati, Marc Marquez yang mencipta sensasi di awal perlumbaan menamatkan perlumbaan selaku naib juara sekalipun memulakan aksi di petak ke-13.
Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba Aprilia, Maverick Vinales.
"Ia cukup bagus," kata Martin kepada MotoGP.com. “Saya mendapat permulaan yang hebat dan cuba untuk memberi tekanan sejak awal. Saya cuba memberikan segala kelajuan yang saya ada di litar.
"Tetapi Marco agak kuat, dia cuba untuk merapatkan jurang, jadi saya terpaksa bekerja lebih keras lagi. Dan ia akhirnya memaksa dia mengalami kemalangan.
"Dari situ, saya hanya cuba menguruskan jarak saya dengan Marc sehingga penamat. Tidak mudah untuk melakukan catatan masa sepusingan seperti itu," katanya.
Bastianini dalam pada itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4 diikuti seorang lagi pelumba Aprilia, Aleix Espargaro diikuti Pedro Acosta (Red Bull GasGas Tech3).
Pelumba terbaik pengeluar Jepun diraih pelumba tuan rumah, Fabio Quartararo yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Perancis 2024
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), 19m 49.694s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +2.280s
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +4.174s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +4.798s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +7.698s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +9.185s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +11.190s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +11.516s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +12.257s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +12.699s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +13.492s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +15.578s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +16.439s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +16.816s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +16.969s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +19.123s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +23.618s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +27.854s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), DNF
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), DNF
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), DNF
