JORGE Martin Menang Perlumbaan Sprint 'Penuh Drama' GP Sepanyol 2024

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/27/20242 min read

PELUMBA Pramac Ducati, Jorge Martin memenangi Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Sepanyol 2024 di Jerez yang menyaksikan sembilan pelumba menamatkan aksi dengan status 'DNF' termasuk Marc Marquez.

Lebih mengecewakan buat Marquez yang beraksi bersama pasukan Gresini Ducati, dia sekali lagi terjatuh ketika sedang memimpin perlumbaan.

Pelumba 'Rookie' sensasi MotoGP musim ini, Pedro Acosta (Red Bull GasGas Tech3) sekali lagi menaiki podium dengan menamatkan perlumbaan di tangga kedua.

Melintasi garisan penamat di kedudukan ketiga adalah pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo namun keputusan itu ditarik balik susulan penalti yang dikenakan kepadanya menerusi peraturan had tekanan tayar.

Keputusan itu menyaksikan pelumba ujian KTM yang berlumba dengan tiket 'wildcard', Dani Pedrosa dinaikkan pangkat sebagai pemenang podium di Jerez.

Selain Marquez, pelumba lain yang turut tidak menamatkan perlumbaan adalah Luca Marini (Repsol Honda), Stefan Bradl (Repsol Honda - Wildcard), Maverick Vinales (Aprilia Racing), Alex Marquez (Gresini Ducati), Brad Binder (Red Bull KTM), Enea Bastianini (Ducati Lenovo), Marco Bezzecchi (VR46 Ducati), Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) dan Aleix Espargaro (Aprilia Racing).

Turut senasib dengan Quartararo yang dikenakan penalti lapan saat adalah rakan sepasukannya, Alex Rins, Raul Fernandez (Trackhouse Aprilia), Fabio di Giannantonio (VR46 Ducati) dan Jack Miller (Red Bull KTM).

Berikut adalah keputusan Perlumbaan Sprint GP Sepanyol 2024 (Dikemaskini)

  1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), 19m 52.682 saat (s)

  2. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +2.970s

  3. Daniel Pedrosa (SPA) Red Bull KTM (RC16), +7.102s

  4. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +8.481s

  5. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +15.052s

  6. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +18.131s

  7. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +18.278s

  8. Miguel Oliveir (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +18.418s

  9. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +18.553s

  10. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +21.136s

  11. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +21.948s

  12. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +23.882s

  13. Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +31.478s

  14. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +45.901s

  15. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +70.288s

  16. Lorenzo Savadori (ITA) Trackhouse Aprilia (RS-GP), +82.979s

Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), DNF

Stefan Bradl (GER) Honda Test Rider (RC213V), DNF

Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), DNF

Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), DNF

Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF

Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), DNF

Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), DNF

Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), DNF

Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), DNF