JORGE Martin 'OK', Dijadual Jalani Pembedahan Pada Jumaat Di Sepanyol

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/6/20251 min read

JORGE Martin berada dalam keadaan yang 'baik' dan dijadual mengharungi pembedahan bagi merawat kecederaannya di Sepanyol pada Jumaat, kata Pengarah Kesukanan Aprilia, Paolo Bonora.

Juara dunia MotoGP 2024, Martin berdepan dua kali kemalangan pada hari pertama ujian pra-musim di Sepang pada Rabu dengan kemalangan kedua yang ngeri menyaksikannya terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kemalangan itu menyebabkan pelumba kelahiran Sepanyol itu mengalami beberapa kecederaan membabitkan patah tulang sekaligus terlepas baki ujian di Sepang dan kemungkinan ujian kedua di Buriram, Thailand.

"Sejujurnya, kami ingin melihat perkara sebagai sesuatu yang positif," kata Bonora kepada MotoGP.com.

"Sudah tentu, pertama sekali kami gembira yang keadaan Jorge hari ini adalah ok. Dia merasa selesa, dia memperoleh tidur yang baik, dan dia tidak berdepan banyak masalah yang tertentu.

"Jadi kami gembira mengenai perkara ini kerana selepas kemalangan seperti itu semua orang berfikir mengenainya.

"Jujur bercakap, perkara yang sukar semalam (Rabu) adalah untuk menenangkannya kerana dia mahu menyertai semula ujian di litar, dia mahu tahu bagaimana ujian berjalan, apa yang kami uji.

"Jadi ia lucu kerana pemulihannya amat bagus. Esok (Jumaat) dia akan menjalani pembedahan di Sepanyol. Kini kami hanya menunggu ujian perubahan dan kenyataan rasmi daripada mereka.

"Kami ketika ini menunggu hanya perkara yang positif mengenainya kerana kami mahukan kuasanya, kami mahukan bakatkan dan kami menunggunya."