JORGE Martin Rangkul Kemenangan Berganda Di Buriram, Terus Tekan Francesco Bagnaia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/29/20232 min read
JORGE Martin terus memberi tekanan kepada Francesco Bagnaia dalam pemburuan kejuaraan dunia MotoGP 2023 selepas merangkul kemenangan berganda Grand Prix (GP) Thailand di Buriram, hari ini.
Tampak seperti akan terus merapatkan jurang dengan pendahulu Bagnaia dengan memulakan perlumbaan di petak utama, pelumba pasukan satelit Ducati, Pramac Racing Martin begitupun terpaksa bekerja keras sebelum melintasi garisan penamat sebagai pemenang.
Dan sekalipun memulakan perlumbaan di petak keenam, Bagnaia atau Pecco (Ducati Lenovo) turut membuktikan mengapa dia adalah penyandang juara dunia dan menamatkan aksi sebagai naib juara.
Bagnaia dinobatkan sebagai naib juara sekalipun melintasi garisan penamat di tangga ketiga selepas pelumba KTM, Brad Binder dikenakan penalti susulan melanggar peraturan 'Track limit'.
Keputusan di Buriram turut menyaksikan jurang di antara Pecco dan Martin di kedudukan pelumba hanya dibezakan kepada 13 mata.
Selepas 17 pusingan perlumbaan, Bagnaia ketika ini mengumpul keseluruhan 389 mata dan diekori rapat Martin yang meraih 376 mata.
Pelumba yang menamatkan perlumbaan di Thailand di kedudukan keempat, Marco Bezzecchi dari pasukan Mooney VR46 Ducati di tangga ketiga selepas mengumpul 310 mata.
Sementara itu, Fabio Quartararo menceriakan kem Yamaha di Thailand selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima manakala bintang Repsol Honda, Marc Marquez di tangga keenam.
Pusingan ke-18 dijadual berlangsung dua minggu lagi, 10 hingga 12 November di GP Malaysia 2023.
Keputusan MotoGP GP Thailand 2023
1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), 39m 40.045s
2. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +0.253s
3. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.114s
4. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +2.005s
5. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +4.550s
6. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +5.362s
7. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +6.778s
8. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +7.303s
9. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), +7.569s
10. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), +9.377s
11. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +11.168s
12. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +11.990s
13. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +12.323s
14. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +14.537s
15. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), +15.093s
16. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +17.640s
17. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, +21.307s
18. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), +21.435s
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), DNF
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22), DNF
Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), DNF