JORGE Martin Takluk Aksi Sprint GP San Marino 2024

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/7/20242 min read

JORGE Martin kembali meletakkan dirinya di pentas podium sebagai juara dengan mengungguli Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) San Marino 2024 di Misano, Itali, hari ini.

Kemenangan menyaksikan pelumba pasukan Pramac Ducati itu menamatkan 'kemarau' kemenangannya yang berlarutan selama tiga pusingan selepas kali terakhir menjuarai GP Jerman di Sachsenring pada Julai lalu.

Bermula di petak ke-4, pendahulu kejuaraan MotoGP itu mencipta kejutan apabila meluncur laju untuk melepasi selekoh pertama sebagai pendahulu.

Dan sekalipun dicabar sengit pelumba tuan rumah, Francesco Bagnaia hampir keseluruhan perlumbaan, pelumba kelahiran Sepanyol itu berjaya mengekang asakan pelumba Ducati Lenovo itu untuk melepasi garisan penamat sebagai juara.

Kejayaan itu turut menyaksikan Martin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu kejuaraan dan kini dibezakan dengan 26 mata di depan Bagnaia.

Bagnaia yang memulakan perlumbaan di petak utama dan mengakui tidak cergas 100 peratus pada aksi di Misano terpaksa berpuas hati selaku naib juara.

Dan rakan sepasukan Martin, Franco Morbidelli turut menamatkan penantiannya untuk berada di podium apabila melepasi garisan penamat di tempat ketiga.

Kali terakhir bekas pelumba Yamaha, Morbidelli berada di podium adalah pada 2021.

Rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini mengakhiri saingan di tempat ke-6 diikuti pemenang berganda di Aragon, Marc Marquez (Gresni Ducati) kelima sekalipun memulakan perlumbaan di petak ke-9.

Kedudukan Marquez menyaksikan Ducati menyapu bersih lima kedudukan teratas menerusi empat jentera Ducati GP24 dan satu GP23 milik juara dunia lapan kali itu.

Pelumba bukan Ducati terbaik sekali lagi menjadi milik pelumba 'Rookie' MotoGP musim ini, Pedro Acosta dari pasukan Red Bull GasGas Tech3 diikuti seniornya, Brad Binder (Red Bull KTM) ketujuh.

Sementara itu, jaguh Yamaha, Fabio Quartararo sekali lagi mengungguli 'Japan Cup' dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 dengan pelumba terbaik Honda menjadi milik Johann Zarco (LCR Honda) di tempat ke-13.

Mengecewakan buat kem Aprilia, tiada pelumba daripada pengeluar Itali itu menamatkan perlumbaan di kelompok 10 terbaik dengan Maverick Vinales melepasi garisan penamat di kedudukan ke-11.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP San Marino 2024

  1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), 19m 56.502s

  2. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +1.495s

  3. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +1.832s

  4. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +2.041s

  5. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +6.469s

  6. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +6.796s

  7. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +9.979s

  8. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +10.726s

  9. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +11.015s

  10. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +11.352s

  11. 1Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +11.658s

  12. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +12.083s

  13. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +21.119s

  14. Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM (RC16), +21.542s

  15. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +21.995s

  16. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +23.442s

  17. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +24.280s

  18. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +24.747s

  19. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +24.873s

  20. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +25.154s

Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), DNF

Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), DNF

Stefan Bradl (GER) HRC Test Team (RC213V), DNF