JORGE Martin Tunjuk 'Belang', Juarai GP Portugal 2024 Penuh Drama

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/24/20242 min read

JORGE Martin menampilkan aksi penuh dominan untuk menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal 2024 yang dipenuhi pelbagai drama termasuk insiden membabitkan dua juara dunia, Francesco Bagnaia dan Marc Marquez.

Bermula di petak ketiga aksi di Portimao, Martin yang juga pelumba pasukan satelit Pramac Ducati namun menggunakan jentera spesifikasi terkini pantas meletakkan dirinya di depan seawal pusingan pertama.

Dan kedudukan itu tidak berubah sehingga pelumba kelahiran Sepanyol itu melepasi garisan penamat.

Begitupun, kekecewaan terbesar terjadi kepada juara Perlumbaan Sprint, Maverick Vinales apabila masalah jentera menyaksikannya menamatkan perlumbaan tanpa sebarang mata.

Lebih mengecewakan, pelumba pasukan Aprilia Racing itu menghuni tangga kedua hampir sepanjang perlumbaan sebelum masalah kotak gear jenteranya menyaksikannya terlambung di pusingan terakhir.

Insiden itu turut menyaksikan pelumba 'Rookie' MotoGP musim ini, Pedro Acosta memperoleh podium MotoGP pertamanya selepas melepasi garisan penamat di kedudukan ketiga.

Kedudukan kedua menjadi milik pelumba Ducati Lenovo, Enea Bastianini yang memulakan perlumbaan di petak utama.

Pada awalnya turut bersaing merebut kedudukan keempat, Acosta berjaya melarikan diri daripada Bagnaia dan Marquez namun perebutan tempat kelima menyaksikan penyandang juara dunia itu menamatkan perlumbaannya.

Marquez begitupun kembali ke litar namun hanya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16.

Sementara itu, pelumba terbaik daripada pengeluar Jepun menjadi milik Fabio Quartararo dari Yamaha yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-7.

Pelumba terbaik Honda adalah Joan Mir selepas pelumba Repsol Honda itu melepasi garisan penamat di tangga ke-12.

Berikut keputusan Perlumbaan MotoGP GP Portugal 2024

1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), 41m 18.138s

2. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +0.882s

3. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +5.362s

4. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +11.129s

5. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +16.437s

6. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +19.403s

7. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +20.130s

8. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Factory (RS-GP24), +21.549s

9. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +23.929s

10. Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +28.195s

11. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +28.244s

12. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +29.271s

13. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +31.334s

14. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +34.932s

15. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +38.267s

16. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +40.174s

17. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +40.775s

18. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +52.362s

Maverick Viñales (SPA) Aprilia Factory (RS-GP24), DNF

Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), DNF

Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), DNF

Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), DNF