JUALAN Gudang MKA Group Kembali Lagi, Lagi 'Besar', Diskaun Hingga 80%, 3-6 Ogos 2023!

TULAR

7/25/20231 min read

MENGIKUTI sambutan hangat yang diperoleh tahun lalu, MKA Group yang juga syarikat induk kepada jenama aksesori, komponen motosikal terkenal seperti RCB, Uma Racing dan KYT kembali menganjurkan jualan mega MKA Motorparts Warehouse Sale 2023 selama empat hari bermula 3 Ogos ini.

Seperti tahun lalu, jualan mega MKA Group menawarkan diskaun sehingga 80 peratus dan lokasinya adalah di ibu pejabat MKA Group di Taman Perindustrian Putra, Puchong.

Tetapi lebih menarik, menurut MKA Group, skala jualan kali ini dikatakan lebih besar dan menjanjikan pelbagai penawaran menarik berbanding tahun lalu.

Selain membeli belah, pengunjung juga berpeluang untuk menemui barisan pelumba negara seperti Syarifuddin Azman atau lebih dikenali dengan Damok dan Danial Syahmi Shahril dari ZK Racing yang akan turut memeriahkan lagi acara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MKA Group, Bruce Lee Cong Quan berkata jualan gudang yang dianjurkan ini adalah sebagai penghargaan kepada para pelanggan setia syarikat itu selain tanda ucapan terima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan.