JUALAN Mega MKA Motorparts Warehouse Sale 2023 Buka Tirai, Hari Ini, Meriah, Tak Menang Tangan!

TULAR

8/3/20231 min read

TAK menang tangan. Itu peribahasa yang mungkin boleh diberikan kepada staf jualan Kumpulan MKA pada hari pertama jualan mega MKA Motorparts Warehouse Sale 2023 yang bermula hari ini.

Seperti diketahui, jualan gudang MKA di ibu pejabat syarikat itu di Taman Perindustrian Putra, Puchong membabitkan pelbagai jenama yang bernaung di bawah kumpulan itu antaranya RCB, Uma Racing, ARC, KYT, Suomy, Koso dan Solfili.

Turut hadir memeriahkan hari pertama jualan adalah pelumba negara di Kejuaraan Dunia JuniorGP, Danial Syahmi Shahril dan pelumba Yamaha, Kasma Danial Kasmayuddin yang turut ditaja RCB.

Menurut Ketua Komunikasi dan Jenama Kumpulan MKA, Faizal Ismail, pihaknya mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke jualan berkenaan yang dijanjikan lebih menarik berbanding tahun lalu.

Seperti tahun lalu, jualan mega Kumpulan MKA menawarkan diskaun sehingga 80 peratus.

Antara barangan yang hangat dan menjadi rebutan adalah seperti helmet, rim, sistem suspensi, 'riding gear' dan pelbagai lagi aksesori serta komponen membabitkan motosikal.

Sebagai info, jualan mega ini akan menutup tirainya pada Ahad ini (6 Ogos 2023) pada jam 6 petang.