JUALAN Motosikal Indonesia 'Meroket', Malaysia Tangga Kelima Asean!

TERKINI

12/10/20231 min read

SECARA keseluruhan, industri motosikal di rantau Asia Tenggara (Asean) mengalami pertumbuhan yang cukup pesat - terbesar di dunia dengan lebih 11 juta unit jualan motosikal direkodkan.

Jumlah berkenaan menyaksikan peningkatan sebanyak 7 peratus berbanding 2023 yang juga terpantas dan terbesar di dunia - berdasarkan data yang dikongsikan portal membabitkan motosikal global McD.

Seperti dijangka, Indonesia kekal pasaran terbesar di Asean melah turut mencatatkan peratusan peningkatan jualan mengagumkam 31 peratus pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Di tangga kedua adalah Vietnam, sekalipun dipalit dengan penyusutan jualan sebanyak 17.5 peratus berbanding tahun 2022.

Filipina yang berada di tangga ketiga turut mengalami penurunan jualan berbanding tahun lalu iaitu turun 2 peratus namun secara keseluruhan, angkanya tidak begitu jauh daripada rekod yang dicatat sebelum ini.

Seperti Indonesia, Thailand turut tidak mengalami penurunan jualan dengan jualan meningkat 6.4 peratus namun sekadar menghuni tangga keempat.

Dan di tangga kelima adalah Malaysia yang mengalami penyusutan jualan sebanyak 14.2 peratus - angka yang dicatat selepas berjaya memecah rekod jualan pada tahun lalu.

Kemboja turut mengalami pengembangan pesat dari sudut jualan dengan peningkatan sebanyak 6.5 peratus manakala Myanmar dan Singapura masing-masing mengalami penyusutan (-2.8 peratus) dan (1.9 peratus).

Begitupun, data yang diperoleh oleh McD ini tidak membabitkan beberapa negara di Asean termasuk Laos dan Brunei.

Sebagai info, rantau Asean mencatatkan 14.3 juta jualan motosikal pada tahun lalu dan data yang dikongsikan oleh McD ini berkemungkinan hanya membabitkan tiga suku pertama 2023.