JUALAN Motosikal Malaysia Cecah 652.8k Unit 2023, Yamaha Kekal 'Raja'!

TERKINI

3/17/20241 min read

JUALAN motosikal di Malaysia masih menunjukkan prestasi positif tahun lalu disebalik penyusutan berbanding tahun 2022 dengan sejumlah 652,850 unit motosikal berjaya dijual.

Menurut laporan Motorcycle Data, jumlah yang dicatatkan itu adalah yang kedua terbaik dalam sejarah selepas ia melepasi tahap rekod pada tahun 2022 iaitu 700k.

Selepas mengalami penyusutan besar pada tiga suku pertama 2023, berlaku lonjakan jualan pada suku terakhir yang menyaksikan hanya penyusutan 4 peratus jualan berlaku berbanding catatan rekod pada 2022.

Sekali lagi, jenama Jepun iaitu Yamaha kekal sebagai peneraju jualan di Malaysia dengan peningkatan jualan sebanyak 19.2 peratus.

Peningkatan jualan itu dikatakan susulan penyusutan jualan pencabar-pencabar utamanya seperti Honda yang merekodkan penyusutan jualan sebanyak 16.1 peratus dan Modenas 36.3 peratus.

Disebalik inisiatif yang disediakan oleh kerajaan, segmen motosikal elektrik masih disifatkan sebagai amat kecil namun mencatatkan perkembangan yang pesat.

Secara keseluruhan, jualan motosikal elektrik di Malaysia mengalami peningkatan 2,590 peratus berbanding tahun terdahulu.

Secara keseluruhan, Malaysia berada di tangga ke-12 dunia dari sudut jualan motosikal.