JUALAN Motosikal Malaysia Menjunam 14.2% 9 Bulan Pertama 2023

TULAR

12/8/20231 min read

SELEPAS mencipta rekod dengan lebih 700k jualan tahun lalu, jualan motosikal di Malaysia menjunam 14.2 peratus berdasarkan data yang diperoleh pada sembilan bulan pertama tahun 2023.

Sehingga September 2023, hanya 429.546 unit jualan motosikal dicatatkan dengan penurunan ketara berlaku pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Menurut data yang diperoleh oleh McD, disebabkan oleh pertumbuhan jualan yang besar pada tahun lalu, jualan tahun ini menurun sejak awal tahun dengan 4.7 peratus penurunan jualan direkodkan pada separuh tahun 2023.

Dan ia bertambah teruk pada Q3 di mana peratusan jualan merudum kepada 30.3 peratus.

Lebih mengejutkan, penurunan jualan itu dicatatkan sekalipun pertumbuhan ekonomi negara mengalami peningkatan.

Secara keseluruhan, pasaran motosikal atau kenderaan dua roda Malaysia adalah yang ke-12 terbesar di dunia.

Sebagai rekod, jualan motosikal di Malaysia pada tahun 2019 adalah sebanyak 595,970 unit diikuti 569,412 unit pada 2020.

Selepas mencatatkan 614,935 unit jualan pada tahun 2021, tahun 2022 menjadi tahun mencipa rekod dari sudut jualan motosikal Malaysia dengan 720,000 unit motosikal berjaya dijual.

Menurut laporan daripada McD lagi, Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA) hanya meletakkan sasaran jualan 600k unit jualan pada tahun ini.