JULUNG Kali 'Masuk' Sabah, Karnival Gen Blu 2023 Lakar Sejarah Tersendiri!

9/22/20231 min read

EDISI 2023 acara tahunan Karnival Yamaha Gen Blu 2023 mencipta pelbagai sejarah tersendiri terutama buat pertama kalinya ia dianjurkan di negeri Bawah Bayu, Sabah, minggu lalu.

Bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, antara paling mendapat tumpuan adalah pengumuman model terbaharu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaha Tenere 700 (2023).

Apa yang menarik, tidak sekadar menjadi bahan 'display', keupayaan motosikal berkenaan turut ditayangkan oleh penunggang profesional Yamaha yang membuat pertunjukkan lagak aksi.

Dan untuk menambah keunikan, turut berlangsung pada 16 September yang juga Hari Malaysia 2023 adalah kehadiran konvoi Yamaha Malaysia ke lokasi acara karnival.

Apa yang menarik, konvoi seramai sekitar 60 penunggang itu mengharungi perjalanan jauh 1,200 km yang memakan masa 3 hari 2 malam yang bermula dari Kuching, Sarawak melintasi negara Brunei sebelum ke Kota Kinabalu.

Turut menyertai konvoi berkenaan adalah Dewi Yamaha, Ahirine Ahirudin, rakan-rakan media terpilih, pengedar Yamaha selain pelanggan.

Dianjurkan sebagai penghargaan Yamaha Malaysia kepada pelanggannya selain rakan konsi industrinya, hadir merasmikan Karnival Gen Blu Yamaha 2023 adalah Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei.

Turut hadir adalah Pengarah HLYM, Taketoshi Takabayashi, Pengurus Besar & Pengurus 3S, Pemasaran HLYM, Hoo Wan Tim dan Pengurus Besar Alat Ganti YGP HLYM, Goh Wei Ping.

Seperti biasa, pengunjung bertuah yang memberi 'beg goodie' di karnival turut berpeluang menyertai cabutan bertuah berupa sebuah Yamaha XMax 250, Yamaha R25, Yamaha MT-15, Yamaha Ego Gear dan Yamaha EZ115.

Acara-acara menarik lain termasuklah konsert daripada 'band' terkenal Estranged, peraduan pakaian terbaik Dewi Yamaha Bikers, sesi tunggang uji, pameran jentera perlumbaan Yamaha, persembahan kedudayaan Kadazan dan pelbagai lagi.

Turut hadir dua pelumba Yamaha di kejuaraan Cub Prix dan ARRC, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Afif Amran. Jom layan galeri gambar di bawah.