'KAGUM Komitmen Aprilia'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/23/20241 min read

JORGE Martin memperoleh pengalaman pertamanya bersama Aprilia ketika ujian di Barcelona, Sepanyol bulan lalu dan bekas pelumba Pramac Ducati itu menyukai apa yang dilihat dan diharunginya.

Martin meninggalkan Ducati sejurus selepas menjuarai gelaran dunia MotoGP 2024 untuk menyertai Aprilia selepas pengeluar Itali itu mengesahkan tempatnya di Ducati Lenovo sudah tiada.

Dan sekalipun tidak mendapatkan catatan masa terpantas ketika ujian dan hanya menghabiskan tempoh sehari, pelumba kelahiran Sepanyol itu jelas mengagumi apa yang berlaku di garaj Aprilia.

"Aprilia mempunyai komitmen yang cukup tinggi dan saya melihatnya sendiri.

"Saya dapat merasakan bagaimana mereka menyukai saya dan apa yang mereka akan lakukan untuk saya. Dan mereka merasa bertanggungjawab memperoleh pelumba yang juga juara dunia.

"Kami semua mahu menang, tetapi untuk melakukannya kami perlu mempunyai strategi dan kerja yang betul dan dinamik."

Ketika ditanya mengenai kemerosotan prestasui Aprilia pada pertengahan musim 2024, Martin menjelaskan dia tidak mempunyai alasan tetapi mengakui adalah sukar untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Aprilia memulakan tahun ini dengan lebih baik berbanding sebelum ini, tetapi benar yang ketika Aragon dan selepas itu prestasinya menurun.

"Amat rumit untuk mengetahui apa yang berlaku apabila kamu berada di luar.

"Sukar untuk faham bagaimana kamu boleh menang di Austin dan datang daripada belakang seperti yang Maverick lakukan, dan di Jerez, sejurus selepas itu menamatkan perlumbaan 11 saar di belakang."