KALENDAR Cub Prix 2024 Diumum, 10 Pusingan, Buka Tirai Di Melaka, Tutup di P.Pinang!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/22/20231 min read

EDISI ke-31 Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix musim 2024 sekali lagi dijadual berlangsung sebanyak 10 pusingan yang menyaksikan Melaka mengambil alih 'tugas' Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai destinasi pembuka tirai.

Dijadual membuka tirainya pada 2-3 Mac 2024, pusingan pembukaan perlumbaan membabitkan jentera 'kapcai' itu akan berlangsung di Jasin Bestari, Melaka sebelum 'berehat' sebentar dengan Pusingan 2 dijadual pada 4-5 Mei di Litar Lumba Tangkak, Johor.

Pusingan 2 yang dijadual pada 1-2 Jun di SIC (Utara) diikuti Stadium Mini Teluk Intan, Perak (29-30 Jun).

SIC sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Pusingan ke-5 namun di Litar Selatan pada 20-21 Julai sebelum kejuaraan beralih ke Pantai Timur dengan Terengganu menjadi destinasi Pusingan 6 pda 9-10 Ogos.

Selain SIC, Litar ALumba Tangkak turut menganjurkan dua pusingan perlumbaan iaitu pada 31 Ogos-1 September (Pusingan 7) sebelum kejuaraan beralih ke Negeri Sembilan (Dataran Seri Jempol) pada 28-29 September.

Lokasi yang baru diperkenalkan tahun lalu, Bandar Medini Iskandar menjadi destinasi Pusingan 9 yang dijadual pada 8-9 Novembver;.

Dan seperti musim lalu, perlumbaan penutup tirai dijadual berlangsung di Pulau Pinang (Stadium Negeri P.Pinang).

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg berkata penganjuran musim ke-30 Cub Prix (musim 2023) sebagai pencapaian yang sangat berbeza kerana ia turut menandakan usaha pengelola perlumbaan itu selama tiga dekad dalam pembinaan dan pembangunaan sukan permotoran peringkat nasional.

Katanya dengan pengalaman yang diraih, Cub Prix akan terus bergerak ke depan dengan matlamat untuk menaikkan lagi taraf sukan permotoran selain memberikan bakat-bakat tempatan peluang untuk bersaing dengan lebih kompetitif bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat antarabangsa.

"Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk musim yang akan datang dan kami berharap ia akan membangkitkan kesedaran di kalangan generasi muda untuk lebih mengenali dan memahami sukan permotoran ini.

"Kami juga berharap bahawa usaha kami akan membuka jalan kepada mereka yang berminat untuk menceburi sukan ini," kata Ron yang turut mengucapkan terima kasih kepada para penaja kejuaraan itu terutama Petronas.