KALENDAR MotoGP 2024 Diumum, Malaysia Destinasi Kedua Terakhir!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/1/20232 min read
MALAYSIA kembali menjadi destinasi kedua terakhir dalam kempen Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024, berdasarkan kalendar yang didedahkan penganjur perlumbaan elit dua roda dunia itu.
Seperti dijadualkan, sejumlah 22 pusingan akan berlangsung bagi musim 2024, penambahan dua pusingan berbanding 20 pusingan pada musim ini.
Daripada 22 pusingan, 11 pusingan berlangsung sebelum rehat musim panas diikuti 11 lagi pusingan termasuk GP Malaysia.
Litar Antarabangsa Losail, Qatar kembali menjadi perlumbaan pembuka musim selepas digantikan dengan Portugal pada musim ini.
Sementara itu, perlumbaan di Portugal dan India masih lagi tertakluk kepada kontrak sebelum disahkan manakala Kazakhstan masih tertakluk kepada proses homologasi.
Kazakhstans pada musim ini dibatalkan dan sekiranya ia berlaku sekali lagi, Hungary diletakkan sebagai venue gantian.
Ada dua 'Triple-headers' dijadual berlangsung pada separuh baki musim 2024 iaitu GP India, GP Indonesia, GP Jepun dan GP Australia, GP Thailand, GP Malaysia.
Saingan penutup musim dijadual pada 17 November di Valencia, Sepanyol.
Kalendar Perlumbaan MotoGP 2024 (Sementara)
1. Litar Antrabangsa Lusail Qatar, 10 Mac 2024
2. Autódromo Internacional do Algarve, Portugal, 24 Mac 2024*
3. Termas de Río Hondo Argentina, 7 April
4. Circuit of The Americas, Amerika Syarikat, 14 April
5. Circuito de Jerez-Ángel Nieto, Sepanyol, 28 April 2024
6. Le Mans, Perancis, 12 Mei 2024
7. Circuit de Barcelona-Catalunya, 26 Mei 2024
8. Autodromo Internazionale del Mugello, 2 Jun 2024
9. Sokol International Racetrack, Kazakhstan, 16 Jun 2024*
10. TT Circuit Assen, Belanda, 30 Jun 2024
11. Sachsenring, Jerman, 7 Julai 2024
12. Silverstone, Great Britain, 4 Ogos 2024
13. Red Bull Ring-Spielberg, Austria, 18 Ogos
14. Aragon MotorLand, Sepanyol, 1 September 2024
15. Misano World Circuit Marco Simoncelli, Itali, 8 September 2024
16. Buddh International Circuit, India, 22 September 2024
17. Pertamina Mandalika, Indonesia, 29 September 2024
18. Mobility Resort Motegi, Jepun, 6 Oktober 2024
19. Phillip Island, Australia, 20 Oktober 2024
20. Chang International Circuit Thailand, 27 Oktober 2024
21. Petronas SIC, 3 November 2024
22. Ricardo Tormo Valencia, Sepanyol, 17 November 2024
*Portugal, India dan Kazakhstan masih tertakluk kepada kontrak & homologasi
Selain itu, Malaysia turut dijadual menjadi destinasi ujian pra-musim 2024 dengan perincian membabitkan ujian adalah seperti berikut:
Ujian Pra-Musim 2024
Petronas SIC: 1-3 Februari 2024
Petronas SIC: 6-8 Februari 2024
Qatar: 19-20 Februari 2024
Ujian 2024
Circuito de Jerez-Angel Nieto: 29 April 2024
Autodromo Internazionale del Mugello: 3 Jun 2024
Misano World Circuit Marco Simoncelli: 9 September 2024
Ujian Post-Musim 2024
Valencia: 18 November 2024