KALENDAR MotoGP 2026: 22 Pusingan, GP Malaysia Kekal Ketiga Terakhir!

Dorna mengumumkan kalendar MotoGP bagi musim 2026, musim terakhir bagi era 1000 cc sebelum saingan elit itu menjalani perubahan besar-besaran pada musim 2027

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/25/20251 min read

KEMPEN MotoGP 2026 kekal 22 pusingan dengan Grand Prix (GP) Brazil menjadi 'muka baharu' dalam kalendar namun masih tertakluk kepada proses homologasi dengan GP Malaysia dijadual berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November.

Saingan pembuka musim dijadual pada 27 Februari hingga 1 Mac bermula dengan GP Thailand dan berakhir pada 20 hingga 22 November di GP Valencia, Sepanyol.

Selain itu, MotoGP juga akan menyaksikan kehadiran semula GP Brazil yang berlangsung di Litar Ayrton Senna di Goiania.

Ia akan menyaksikan penganjuran semula di litar berkenaan ke Rio sejak kali terakhir ia berlangsung pada 2004.

Tiada saingan 'triple-headers' dijalankan pada musim 2026 - saingan yang dikeluarkan bermula pada musim ini bagi mengurangkan tekanan kepada pasukan bertanding tetapi akan ada lapan perlumbaan 'back to back' termasuk GP Australia dan GP Malaysia yang berlangsung selang seminggu.

Sementara itu, GP Qatar yang dijadual berlangsung pada 10 hingga 12 April menjadi satu-satunya perlumbaan yang berlangsung pada waktu malam.

Tiada GP Argentina bagi musim 2026 tetapi ia dijadual kembali pada 2027 di Buenos Aires.

Kalendar MotoGP 2026

  1. GP Thailand (Buriram) 27 Februari - 1 Mac

  2. GP Brazil (Ayrton Senna) 20 Mac - 22 Mac

  3. GP Amerik Syarikat (Austin) 27 Mac - 29 Mac

  4. GP Qatar (Lusail) 10 April - 12 April

  5. GP Sepanyol (Jerez) 24 April - 26 April

  6. GP Perancis (Le Mans) 8 Mei - 10 Mei

  7. GP Catalan (Barcelona) 15 Mei - 17 Mei

  8. GP Itali (Mugello) 29 Mei - 31 Mei

  9. GP Hungary (Balaton Park) Jun 5 - 7 Jun

  10. GP Rep. Czech (Brno) 19 Jun - 21 Jun

  11. GP Belanda (Assen) 26 Jun - 28 Jun

  12. GP Jerman (Sachsenring) 10 Julai - 12 Julai

  13. GP British (Silverstone) 7 Ogos - 9 Ogos

  14. GP Aragon (Aragon) 28 Ogos - 30 Ogos

  15. GP San Marino (Misano) 11 September - 13 September

  16. GP Austria (Red Bull Ring) 18 September - 20 September

  17. GP Jepan (Motegi) 2 Oktober - 4 Oktober

  18. GP Indonesia (Mandalika) 9 Oktober - 11 Oktober

  19. GP Australia (Phillip Island) 23 Oktober - 25 Oktober

  20. GP Malaysia (Sepang) 30 Oktober - 1 November

  21. GP Portugal (Portimao) 13 November - 15 November

  22. GP Valencia (Ricardo Tormo) 20 November - 22 November