KALENDAR 'Sementara' MotoGP 2024 Diumum, Malaysia Pusingan Kedua Terakhir!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/28/20231 min read


GRAND Prix Malaysia kembali menjadi gelanggang kedua terakhir dalam kempen MotoGP pada musim 2024, mengikut kalendar sementara MotoGP 2024 yang dikeluarkan.
Selain itu, Qatar turut dijadual menjadi perlumbaan pembuka musim selepas status itu diambil alih oleh Portugal, musim ini.
Ini bermakna Litar Antarabangsa Losail akan menganjurkan perlumbaan MotoGP hanya berselang beberapa bulan selepas kempen pada musim ini turut dijadual berlangsung pada 19 November ini.
Secara keseluruhan, sejumlah 22 pusingan perlumbaan diumumkan, 11 sebelum rehat musim panas dan 11 lagi pusingan selepas itu.
Begitupun setakat ini, Portugal dan India masih dalam status belum disahkan dengan perlumbaan di Kazakhstan akan ditentukan menerusi proses homologasi.
Dan Hungary akan diletakkan sebagai venue pengganti jika Kazakhstan sekali lagi tidak berupaya untuk menganjurkan MotoGP.
Ada dua 'Triple-headers' (Tiga perlumbaan berlangsung berselang seminggu) pada separuh kempen kedua 2024 iaitu India, Indonesia dan Jepun diikuti Australia, Thailand dan Malaysia.
Perlumbaan di Malaysia dijadual pada 3 November dan Valencia kekal menjadi venue penutup tirai yang dijadual pada 17 November 2024.
Kalendar Sementara MotoGP 2024
Qatar - Litar Antarabangsa Losail, 10 Mac
Portugal - Autodromo International Do Algarve, 24 Mac
Argentina - Termas de Río Hondo, 7 April
Amerika Syarikat - Circuit of The Americas, 14 April
Sepanyol - Circuito de Jerez-Ángel Nieto, 28 April
Perancis - Le Mans, 12 Mei
Sepanyol (Barcelona) - Catalunya, 26 Mei
Itali (Mugello) - Autodromo Internazionale del Mugello, 2 Jun
Kazakhstan - Sokol, 16 Jun
Belanda - Assen, 30 Jun
Jerman - Sachsenring, 7 Julai
Great Britain - Silverstone, 4 Ogos
Austria - Red Bull Ring, 18 Ogos
Sepanyol (Aragon) - Aragon Motorland, 1 September
Itali (San Marino) - Misano, 8 September
India - Litar Antarabangsa Buddh, 22 September
Indonesia - Mandalika, 29 September
Jepun - Motegi, 6 Oktober
Australia - Phillip Island, 20 Oktober
Thailand - Litar Antabangsa Chang, 27 Oktober
MALAYSIA - LITAR ANTARABANGSA SEPANG, 3 November
Sepanyol (Valencia) - Ricardo Tormo, 17 November
